Antarabangsa
Taliban larang wanita Afghanistan bertugas dengan PBB
Taliban melarang wanita Afghanistan terbabit dalam kerja-kerja sosial bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Jurucakap PBB berkata, larangan berkenaan tidak dibuat secara rasmi sebaliknya dimaklumkan secara lisan.
- Perkara itu dikesan selepas kakitangan PBB tidak melaporkan diri untuk bekerja selama empat hari sekali gus memaksa wakil PBB mengadakan pertemuan dengan Taliban.
- Tindakan berkenaan adalah yang terbaharu dalam trend mengganggu tugas organisasi menghulurkan bantuan.
- “Larangan ini juga menyebabkan PBB tidak boleh beroperasi dan menyampaikan bantuan,” katanya.
- “Jika larangan itu tidak ditarik balik, tindakan berkenaan diyakini menjejaskan keupayaan PBB mengagihkan bantuan.” – Setiausaha Agung PBB, Jeneral Antonio Guterres
KABUL – Taliban melarang wanita Afghanistan terbabit dalam kerja-kerja sosial bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap PBB berkata, larangan berkenaan tidak dibuat secara rasmi sebaliknya dimaklumkan secara lisan.
Perkara itu dikesan selepas kakitangan PBB tidak melaporkan diri untuk bekerja selama empat hari sekali gus memaksa wakil PBB mengadakan pertemuan dengan Taliban.
Terdapat tekanan yang semakin meningkat terhadap kebebasan wanita sejak Taliban mengambil alih pentadbiran pada 2021.
Tindakan berkenaan adalah yang terbaharu dalam trend mengganggu tugas organisasi menghulurkan bantuan.
“Larangan ini juga menyebabkan PBB tidak boleh beroperasi dan menyampaikan bantuan,” katanya.
Menurut jurucakap, pekerja wanita memainkan peranan penting dalam operasi bantuan di lapangan terutama dalam mengenal pasti mereka yang memerlukan.
PBB telah berusaha membawa bantuan kemanusiaan kepada 23 juta rakyat di Afghanistan yang sedang dilanda krisis ekonomi dan kemanusiaan yang kritikal.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Jeneral Antonio Guterres dalam ciapan Twitter mengutuk tindakan Taliban.
Katanya, jika larangan itu tidak ditarik balik, tindakan berkenaan diyakini menjejaskan keupayaan PBB mengagihkan bantuan. – Agensi
Sumber: Ismaweb