Antarabangsa
Serangan rentas sempadan di Gaza selepas jemaah Masjidil Aqsa dibelasah
Sekurang-kurangnya sembilan roket dilepaskan dari Gaza dalam semalaman, mencetuskan serangan udara dari Israel ke lokasi yang dipercayai tapak pengeluaran senjata Hamas, demikian lapor Arab News.
- Sekurang-kurangnya sembilan roket dilepaskan dari Gaza dalam semalaman, mencetuskan serangan udara dari Israel ke lokasi yang dipercayai tapak pengeluaran senjata Hamas.
- Kereta kebal Israel turut membedil kedudukan Hamas di sepanjang pagar sempadan di bahagian selatan jalur Gaza.
- Serangan itu berlaku selepas polis Israel menceroboh Masjidil Aqsa sebelum Subuh pada Rabu dan membelasah jemaah yang sedang beribadah.
Sekurang-kurangnya sembilan roket dilepaskan dari Gaza dalam semalaman, mencetuskan serangan udara dari Israel ke lokasi yang dipercayai tapak pengeluaran senjata Hamas, demikian lapor Arab News.
Menurut saksi, kereta kebal Israel turut membedil kedudukan Hamas di sepanjang pagar sempadan di bahagian selatan jalur Gaza.
Serangan itu berlaku selepas polis Israel menceroboh Masjidil Aqsa sebelum Subuh pada Rabu dan membelasah jemaah yang sedang beribadah, kejadian yang berlaku di bulan suci Ramadan dan menjelang Paskah Yahudi.
12 rakyat Palestin dilaporkan cedera akibat dipukul dan terkena peluru getah ketika pencerobohan itu.
Lebih memburukkan keadaan, Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu yang tentera Israel turut menghalang pasukan perubatan dari tiba ke kawasan itu.
Terdapat kebimbangan keganasan seterusnya akan berlaku lagi, terutamanya ketika umat Islam menyambut Ramadan ketika ini dan Syawal tidak lama lagi.
Sumber: Arabnews