Connect with us

Antarabangsa

RUU baharu bina surau di tempat awam dan swasta di Filipina

Satu rang undang-undang (RUU) baharu supaya mewujudkan surau di tempat awam dan swasta di seluruh Filipina, difailkan di Kongres Filipina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

RUU baharu bina surau di tempat awam dan swasta di Filipina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arab News melaporkan RUU berkenaan difailkan pada 8 Februari lalu oleh Ahli Parlimen, Mujiv Hataman dari Basilan di Wilayah Autonomi Bangsamoro, sebuah kawasan sebahagian besar orang Islam di bahagian barat daya pulau Mindanao.
  • Perundangan No 7117 yang dicadangkan bertujuan mewajibkan sekurang-kurangnya satu bilik solat Muslim di setiap kemudahan awam termasuk lapangan terbang, terminal pengangkutan, hospital, kem tentera, pusat beli-belah, kilang serta premis perniagaan.
  • “Salah satu perkara yang mendorong saya memfailkan RUU itu supaya dapat menarik lebih ramai pelancong kerana kami juga mempunyai ramai rakan yang melawat dan kadangkala menghadapi masalah mencari restoran halal serta surau”. – Ahli Parlimen, Mujiv Hataman.

Manila: Satu rang undang-undang (RUU) baharu supaya mewujudkan surau di tempat awam dan swasta di seluruh Filipina, difailkan di Kongres Filipina.

Ia bertujuan menarik lebih ramai pelancong dari Timur Tengah, kata seorang ahli Parlimen kepada Arab News, baru-baru ini.

Arab News melaporkan, RUU berkenaan difailkan pada 8 Februari lalu oleh Ahli Parlimen, Mujiv Hataman dari Basilan di Wilayah Autonomi Bangsamoro, sebuah kawasan sebahagian besar orang Islam di bahagian barat daya pulau Mindanao.

Perundangan No 7117 yang dicadangkan bertujuan mewajibkan sekurang-kurangnya satu bilik solat Muslim di setiap kemudahan awam termasuk lapangan terbang, terminal pengangkutan, hospital, kem tentera, pusat beli-belah, kilang serta premis perniagaan.

Hataman menerusi kenyataan bersama pengenalan RUU berkenaan berkata, kemudahan itu penting kepada umat Islam untuk mengerjakan solat.

Beliau semasa temu bual eksklusif Arab News berkata, terdapat faktor ekonomi yang perlu dipertimbangkan kerana kemudahan itu akan menarik pelancong Islam antarabangsa.

“Terdapat ramai ahli perniagaan dan pengembara Islam.

“Salah satu perkara yang mendorong saya memfailkan RUU itu supaya dapat menarik lebih ramai pelancong kerana kami juga mempunyai ramai rakan yang melawat dan kadangkala menghadapi masalah mencari restoran halal serta surau.

“Pengunjung Timur Tengah seperti bulan Ramadan ini, ramai daripada mereka memilih untuk ke Malaysia dan Indonesia kerana ketersediaan surau selain mempunyai industri halal yang kukuh,” katanya.

Berikutan itu, katanya, pusat beli-belah atau lapangan terbang dan bangunan kerajaan perlu menyediakan ruang solat.

Filipina yang berkepadatan 110 juta penduduk kebanyakannya beragama Katolik dan hanya kira-kira lima peratus beragama Islam yang kebanyakannya tinggal di pulau Mindanao, kepulauan Sulu di selatan negara serta wilayah tengah-barat Palawan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *