Antarabangsa
Rejim zionis tembak remaja Palestin 10 kali kerana tolong wanita
Gara-gara menghalang rejim Zionis mengganggu seorang wanita yang mahu memasuki Masjid al-Aqsa, seorang remaja Palestin ditembak mati di perkarangan masjid, pada sabtu.
- Remaja terkorban dikenal pasti sebagai Mohammad Khaled al-Qasaibi dari Houra di kampung Arab Badwi ditembak berhampiran laluan ke Masjid al-Aqsa.
- Penduduk yang menyaksikan kejadian berkata, tentera melepaskan lebih 10 kali tembakan ke arah lelaki berusia 26 tahun itu selepas cuba menghalang rejim yang menggangu seorang wanita.
- Laluan ke masjid dipenuhi darah sebelum Zionis meningkatkan kawalan ketika puluhan ribu umat Islam berkumpul menunaikan solat tarawih.
BAITULMAQDIS – Gara-gara menghalang rejim Zionis mengganggu seorang wanita yang mahu memasuki Masjid al-Aqsa, seorang remaja Palestin ditembak mati di perkarangan masjid, pada sabtu.
Situasi itu sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk Palestin berhubung keganasan berterusan pada bulan Ramadan.
Remaja terkorban dikenal pasti sebagai Mohammad Khaled al-Qasaibi dari Houra di kampung Arab Badwi ditembak berhampiran laluan ke Masjid al-Aqsa.
Penduduk yang menyaksikan kejadian berkata, tentera melepaskan lebih 10 kali tembakan ke arah lelaki berusia 26 tahun itu selepas cuba menghalang rejim yang menggangu seorang wanita.
Bagaimanapun pasukan tentera terus memukul Khaled sebelum melepaskan puluhan tembakan.
Keadaan menyebabkan penjual dan penduduk Palestin yang berada dalam jarak dekat ketakutan dan cuba menyelamatkan diri.
Malah laluan ke masjid dipenuhi darah sebelum Zionis meningkatkan kawalan ketika puluhan ribu umat Islam berkumpul menunaikan solat tarawih. – Agensi
Sumber: Ismaweb