Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel makin kejam pada tahanan Palestin

Kementerian Luar dan Ekspatriat mengulangi kepentingan tahanan Palestin dan menegaskan pembebasan mereka sebahagian daripada asas kebebasan rakyat Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel makin kejam pada tahanan Palestin
Foto: Bangunan Kementerian Luar dan Ekspatriat.
  • Kementerian Luar dan Ekspatriat mengulangi kepentingan tahanan Palestin dan menegaskan pembebasan mereka sebahagian daripada asas kebebasan rakyat Palestin.
  • Perkara itu ditekankan kementerian sempena Hari Tahanan Penjara Palestin pada Selasa dan turut memberikan tabik hormat kepada ribuan banduan yang dikurung secara kejam di penjara Israel.
  • “Sejak lima dekad lalu, rejim Israel menahan lebih 800,000 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita, malah ketika ini 4,900 tahanan termasuk 29 wanita dan 170 kanak-kanak ditahan secara haram.
  • “Selain itu, 967 lagi rakyat Palestin turut ditahan di bawah dasar tahanan pentadbiran dan bilangan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh 11 tahun,” katanya.

RAMALLAH – Kementerian Luar dan Ekspatriat mengulangi kepentingan tahanan Palestin dan menegaskan pembebasan mereka sebahagian daripada asas kebebasan rakyat Palestin.

Perkara itu ditekankan kementerian sempena Hari Tahanan Penjara Palestin pada Selasa dan turut memberikan tabik hormat kepada ribuan banduan yang dikurung secara kejam di penjara Israel.

“Sejak lima dekad lalu, rejim Israel menahan lebih 800,000 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita, malah ketika ini 4,900 tahanan termasuk 29 wanita dan 170 kanak-kanak ditahan secara haram.

“Selain itu, 967 lagi rakyat Palestin turut ditahan di bawah dasar tahanan pentadbiran dan bilangan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh 11 tahun,” katanya.

Menurut kementerian, Israel juga semakin kejam apabila melaksanakan dasar diskriminasi yang tidak masuk akal terhadap tahanan Palestin.

“Rejim sangat rasis dalam mempergiatkan dasar yang menjijikkan dengan meluluskan draf undang-undang yang membenarkan hukuman mati terhadap tahanan, selain memperkenalkan draf undang-undang yang melucutkan hak rawatan perubatan mereka.

“Sistem penahanan rejim Zionis itu adalah untuk menakutkan dan menganiaya rakyat Palestin bagi melaksana dasar jahat, termasuk membolehkan pemindahan paksa secara besar-besaran,” katanya.

Katanya, sistem kehakiman Israel adalah sebahagian daripada dasar rejim penjajah yang ‘menghalalkan’ diskriminasi, penyeksaan dan penganiayaan terhadap rakyat Palestin.

Atas dasar itu, Palestin menyeru masyarakat antarabangsa untuk menegakkan undang-undang terhadap tahanan Palestin dengan menamatkan dasar penahananan tanpa perbicaraan secara adil. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *