Antarabangsa
Rakyat Singapura setuju ujian bahasa Inggeris sebahagian proses permohonan kewarganegaraan
Sebilangan besar rakyat Singapura percaya ujian bahasa Inggeris perlu menjadi sebahagian daripada proses permohonan kewarganegaraan negara itu, menurut tinjauan CNA.

- Sebilangan besar rakyat Singapura percaya ujian bahasa Inggeris perlu menjadi sebahagian daripada proses permohonan kewarganegaraan negara itu.
- Kira-kira 80 peratus daripada 500 responden memilih kepada ujian berkenaan berikutan cadangan di Parlimen bulan lalu yang mencetuskan perbincangan awam.
- Tinjauan itu menyasarkan penduduk kelahiran Singapura berusia antara 18 hingga 69 tahun diadakan sepanjang tempoh selama seminggu dari 8 hingga 15 Mac lalu.
- Sebanyak 78 peratus responden berasakan penting untuk warga baharu Singapura boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, manakala 53 peratus berkata, permohonan kewarganegaraan baharu harus ditolak sekiranya mereka tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
SINGAPURA: Sebilangan besar rakyat Singapura percaya ujian bahasa Inggeris perlu menjadi sebahagian daripada proses permohonan kewarganegaraan negara itu, menurut tinjauan CNA.
Kira-kira 80 peratus daripada 500 responden memilih kepada ujian berkenaan berikutan cadangan di Parlimen bulan lalu yang mencetuskan perbincangan awam.
Keupayaan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebanyak 51 peratus, diikuti
Sumbangan kepada ekonomi Singapura (51 peratus) dan hubungan keluarga dengan Singapura (45 peratus) juga disenaraikan sebagai tiga kriteria terpenting yang responden berasakan perlu digunakan untuk menilai permohonan baharu kewarganegaraan Singapura.
Tinjauan itu menyasarkan penduduk kelahiran Singapura berusia antara 18 hingga 69 tahun yang diadakan sepanjang tempoh selama seminggu dari 8 hingga 15 Mac lalu.
Sebanyak 78 peratus responden berasakan pentingnya untuk warga baharu Singapura boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, manakala 53 peratus berkata, permohonan kewarganegaraan baharu harus ditolak sekiranya mereka tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Mengenai tahap kemahiran yang perlu dimiliki oleh pemohon kewarganegaraan baharu, sejumlah 52 peratus daripada responden berkata sekurang-kurangnya pemohon boleh bercakap tetapi tidak membaca atau menulis dalam bahasa Inggeris.
Sejumlah 41 peratus berkata pemohon harus mahir bercakap dan membaca atau menulis dalam bahasa Inggeris.
Tujuh peratus pula berkata, pemohon sepatutnya boleh bercakap, membaca atau menulis dengan fasih dalam bahasa Inggeris.
Pada 27 Februari lalu ketika perdebatan Jawatankuasa Perbekalan, Ketua Pembangkang Pritam Singh berkata, beliau akan menyokong ujian bahasa Inggeris apabila menilai permohonan seseorang untuk kewarganegaraan atau pemastautin tetap di Singapura.
Katanya, rakyat Singapura ‘tidak mahu warga baharu yang tidak mahu tinggal di negara itu, tetapi hanya mahu kuasa pasport Singapura untuk kemudahan mereka’.
Sumber: Berita Harian
