Connect with us

Antarabangsa

Presiden Uganda mahu RUU anti-LGBTQ dipinda

Presiden Uganda, Yoweri Museveni menolak untuk menandatangani rang undang-undang (RUU) baharu yang antara lain menetapkan hukuman mati terhadap kes tertentu bagi perlakuan songsang homoseksual.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Presiden Uganda mahu RUU anti-LGBTQ dipinda
Foto: Presiden Uganda, Yoweri Museveni.
  • Presiden Uganda, Yoweri Museveni menolak untuk menandatangani rang undang-undang (RUU) baharu yang antara lain menetapkan hukuman mati terhadap kes tertentu bagi perlakuan songsang homoseksual.
  • Beliau meminta beberapa peruntukan dalam RUU anti-LGBTQ itu dipinda terlebih dahulu.
  • Homoseksualiti adalah satu kesalahan di bawah undang-undang di negara Afrika Timur itu di bawah undang-undang era kolonial yang menjenayahkan perbuatan seks sebagai “melawan peraturan alam”. 
  • Hukuman bagi kesalahan itu ialah penjara seumur hidup.

Presiden Uganda, Yoweri Museveni menolak untuk menandatangani rang undang-undang (RUU) baharu yang antara lain menetapkan hukuman mati terhadap kes tertentu bagi perlakuan songsang homoseksual.

Beliau meminta beberapa peruntukan dalam rang undang-undang anti-LGBTQ itu dipinda terlebih dahulu.

Keputusan Museveni diumumkan Khamis lalu selepas beliau bermesyuarat dengan Ahli Parlimen dari partinya yang majoritinya meluluskan RUU anti-LGBTQ baharu itu bulan lalu.

Mesyuarat itu memutuskan untuk mengembalikan rang undang-undang tersebut kepada dewan negara dengan cadangan untuk penambahbaikan.

Jurucakap Presiden, Sandor Walusimbi berkata Museveni tidak menentang hukuman dicadangkan, namun mahu Ahli Parlimen meneliti “isu pemulihan”.

“(Museveni) memberitahu ahli bahawa dia tidak mempunyai bantahan terhadap hukuman itu tetapi mengenai isu pemulihan orang yang pernah terlibat dalam homoseksualiti tetapi ingin menjalani kehidupan normal semula. 

“Adalah dipersetujui bahawa rang undang-undang itu kembali ke Parlimen untuk isu-isu pemulihan untuk dilihat sebelum beliau boleh menandatanganinya menjadi undang-undang,” kata Walusimbi.

Homoseksualiti adalah satu kesalahan di bawah undang-undang di negara Afrika Timur itu di bawah undang-undang era kolonial yang menjenayahkan perbuatan seks sebagai “melawan peraturan alam”. 

Hukuman bagi kesalahan itu ialah penjara seumur hidup.

Sumber: Al-Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *