Antarabangsa
Presiden AS tamatkan darurat kecemasan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden secara rasmi menamatkan kecemasan kesihatan COVID-19 yang sebelum ini mengorbankan lebih sejuta orang di negara itu akibat wabak berkenaan.
- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden secara rasmi menamatkan kecemasan kesihatan COVID-19 sebelum ini mengorbankan lebih sejuta orang di negara itu akibat wabak berkenaan.
- Rumah Putih berkata, Biden menandatangani undang-undang diluluskan lebih awal oleh Kongres menamatkan kecemasan nasional berkaitan pandemik COVID-19.
- Langkah itu sekali gus menutup aliran pembiayaan mewah untuk ujian COVID-19, vaksin percuma dan langkah kecemasan lain yang disatukan mulai Januari 2020, dalam usaha membebaskan ekonomi terbesar dunia itu daripada cengkaman pandemik global.
- Pengisytiharan pandemik COVID-19 sebagai darurat diumumkan oleh Presiden ketika itu, Ronald Trump pada 13 Mac 2020.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden secara rasmi menamatkan kecemasan kesihatan COVID-19 yang sebelum ini mengorbankan lebih sejuta orang di negara itu akibat wabak berkenaan.
Rumah Putih berkata, Biden menandatangani undang-undang yang diluluskan lebih awal oleh Kongres yang menamatkan kecemasan nasional berkaitan pandemik COVID-19.
Langkah itu sekali gus menutup aliran pembiayaan mewah untuk ujian COVID-19, vaksin percuma dan langkah kecemasan lain yang disatukan mulai Januari 2020, dalam usaha membebaskan ekonomi terbesar dunia itu daripada cengkaman pandemik global.
Pengisytiharan pandemik COVID-19 sebagai darurat diumumkan oleh Presiden ketika itu, Ronald Trump pada 13 Mac 2020.
Darurat itu kemudiannya dilanjutkan beberapa kali oleh Biden sejak beliau memegang jawatan berkenaan pada Januari 2021.
Seorang pegawai kanan di Rumah Putih memberitahu AFP bahawa penggunaan Tajuk 42 ‘dijangka akan tamat pada 11 Mei’.
“Walaupun AS kini secara rasmi membelakangkan pandemik di seluruh dunia, pentadbiran Biden sudah mengusahakan vaksin generasi akan datang dan langkah lain untuk memerangi mana-mana varian virus pada masa depan,” kata Rumah Putih.
“Project NextGen akan mempercepat dan memperkemas perkembangan pesat vaksin serta rawatan generasi akan datang melalui kerjasama awam-swasta,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran kepada AFP.
Dana sekurang-kurangnya AS$5 bilion tersedia untuk ‘membantu memangkin kemajuan saintifik’ dan ‘kekal mendahului virus yang berkembang pesat yang menyebabkan COVID-19’.
Sejak COVID-19 dikesan pada 2020, sebanyak 1.1 juta rakyat Amerika dilaporkan maut akibat jangkitan berkenaan termasuk 3,700 terkorban pada minggu lalu dan AS kekal sebagai negara paling teruk terjejas akibat COVID-19 di dunia.
Sumber: Berita Harian