Connect with us

Antarabangsa

Polis Indonesia tahan 4 warga Uzbekistan disyaki sebar aktiviti keganasan

Polis Indonesia menahan empat warga Uzbekistan pada 24 Mac lalu kerana disyaki terbabit dalam penyebaran aktiviti keganasan melalui propaganda di media sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis Indonesia tahan 4 warga Uzbekistan disyaki sebar aktiviti keganasan
Foto: Brigedier Jeneral Ahmad Ramadhan.
  • Polis Indonesia menahan empat warga Uzbekistan pada 24 Mac lalu kerana disyaki terbabit dalam penyebaran aktiviti keganasan melalui propaganda di media sosial.
  • Mereka ditahan dalam operasi polis antikeganasan Indonesia, Densus 88, hasil kerjasama Imigresen Jakarta Utara berdasarkan maklumat daripada Kerajaan Uzbekistan.
  • Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun turut disyaki terbabit jaringan Daesh antarabangsa dan Asia Barat. – Jurucakap Polis Indonesia, Brigedier Jeneral Ahmad Ramadhan.
  • Beliau berkata mereka juga disyaki mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas, Khatiba al-Tawhid wal-Jihad yang dahulunya dikenali sebagai Jannat Oshiklari.

JAKARTA: Polis Indonesia menahan empat warga Uzbekistan pada 24 Mac lalu kerana disyaki terbabit dalam penyebaran aktiviti keganasan melalui propaganda di media sosial.

Mereka ditahan dalam operasi polis antikeganasan Indonesia, Densus 88, hasil kerjasama Imigresen Jakarta Utara berdasarkan maklumat daripada Kerajaan Uzbekistan.

Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun itu turut disyaki terbabit jaringan Daesh antarabangsa dan Asia Barat, kata jurucakap Polis Indonesia, Brigedier Jeneral Ahmad Ramadhan, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mereka juga disyaki mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas, Khatiba al-Tawhid wal-Jihad yang dahulunya dikenali sebagai Jannat Oshiklari.

Kesemua suspek yang tiba di Indonesia pada Februari lalu, didakwa berusaha merekrut individu yang mempunyai fahaman sama untuk melakukan tindakan keganasan.

Tiga suspek didakwa aktif menyebarkan propaganda dalam pelbagai media sosial, manakala seorang lagi suspek pula dipercayai bertindak sebagai pembuat dokumen palsu dan penyedia kewangan.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *