Antarabangsa
Perancis akan bicarakan pegawai rejim Syria kerana jenayah terhadap kemanusiaan
Hakim Perancis mengarahkan tiga anggota kanan rejim Presiden Bashar al-Assad untuk dibicarakan kerana bersubahat dalam jenayah kemanusiaan berhubung kematian dua lelaki berketurunan Syria-Perancis.

- Hakim Perancis mengarahkan tiga anggota kanan rejim Presiden Bashar al-Assad untuk dibicarakan kerana bersubahat dalam jenayah kemanusiaan berhubung kematian dua lelaki Syria-Perancis.
- Perintah itu ditandatangani Rabu lalu dan tiga penasihat kanan al-Assad itu didakwa bersubahat dalam jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.
- Perancis juga mengeluarkan waran tangkap antarabangsa untuk ketiga-tiga mereka.
Hakim Perancis mengarahkan tiga anggota kanan rejim Presiden Bashar al-Assad untuk dibicarakan kerana bersubahat dalam jenayah kemanusiaan berhubung kematian dua lelaki berketurunan Syria-Perancis.
Menurut Aljazeera, perintah itu ditandatangani Rabu lalu dan tiga penasihat kanan al-Assad itu didakwa bersubahat dalam jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.
Mereka ialah Ketua Biro Keselamatan Negara parti Baath, Ali Mamlouk; bekas Ketua Direktorat Perisikan Tentera Udara Syria, Jamil Hassan dan pegawai perisikan tentera udara, Abdel Salam Mahmoud.
Dalam pada itu, Perancis juga mengeluarkan waran tangkap antarabangsa untuk ketiga-tiga mereka.
Perbicaraan itu akan menjadi perbicaraan pertama di Perancis yang berkaitan dengan rejim Syria, namun bukan yang pertama di Eropah di mana pelarian Syria telah menggunakan prinsip bidang kuasa sejagat untuk membawa penjenayah perang disyaki ke muka pengadilan.
Pendakwa raya Perancis percaya ketiga-tiga mereka, yang dijangka tidak akan hadir untuk perbicaraan atau peguam mewakili mereka, bertanggungjawab atas kematian dua lelaki berketurunan Syria-Perancis, Mazzen Dabbagh dan anaknya, Patrick yang ditahan pada 2013.
Sumber: Aljazeera
