Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin sayap kanan Perancis selar ahli Parlimen hadir perasmian masjid

Ketua parti sayap kanan terkemuka Perancis, Marine Le Pen dilaporkan menegur seorang ahli parlimen kerana menghadiri perasmian sebuah masjid minggu lalu, demikian lapor The New Arab.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin sayap kanan Perancis selar ahli Parlimen hadir perasmian masjid
Foto: Marine Le Pen.
  • Ketua parti sayap kanan terkemuka Perancis, Marine Le Pen tidak menyenangi tindakan Ahli Parlimen Rassemblement National, Joris Hébrard yang menghadiri perasmian sebuah masjid di Le Pontet, selatan Perancis.
  • Selain mendakwa Joris tidak memaklumkan perkara itu kepadanya, Marine juga menegaskan dia tidak bersetuju dengan tindak Joris berada di tempat ibadat Muslim.
  •  Marine dan partinya terkenal dengan mencetuskan Islamofobia dalam kempen politik mereka walaupun cuba untuk kelihatan ‘sederhana’.

Ketua parti sayap kanan terkemuka Perancis, Marine Le Pen dilaporkan menegur seorang ahli parlimen kerana menghadiri perasmian sebuah masjid minggu lalu, demikian lapor The New Arab.

Joris Hébrard, Ahli Parlimen Rassemblement National (Perhimpunan Kebangsaan), menghadiri pembukaan masjid di Le Pontet, selatan Perancis yang mana dia pernah menjadi datuk bandarnya.

Masjid itu dihiasi dengan bendera Perancis dan Turkiye ketika pelancarannya, memandangkan jumlah penduduk Turkiye yang ramai di bandar itu

Joris dilihat di masjid itu bersama seseorang yang dilaporkan merupakan seorang pegawai berkaitan kerajaan Turkiye

Marine yang jelas tidak menyenangi perkara itu berkata penampilan Joris di tempat ibadat Muslim itu “adalah inisiatif peribadi yang jelas tidak dipersetujui oleh saya” dan Joris juga tidak memaklumkan yang dia akan hadir.

Ahli parti Reconquête yang berhaluan kanan, Marion Maréchal yang juga anak saudara Marine turut mengecam tindakan Joris.

“Saya amat kecewa dan tersinggung dengan perasmian masjid Turki di Pontet oleh timbalan Perhimpunan Kebangsaan @Joris_Hebrard,” tulisnya di Twitter.

Marine dan partinya terkenal dengan mencetuskan Islamofobia dalam kempen politik mereka walaupun cuba untuk kelihatan ‘sederhana’.

Selain menggesa lebih banyak masjid ditutup dan pengharaman hijab di khalayak ramai, dia juga pernah membandingkan umat Islam yang solat di jalanan Perancis dengan pendudukan Nazi, yang mana puluhan ribu rakyat Perancis, termasuk kira-kira 74,000 warga dan penduduk Yahudi dibunuh.

Sumber: The New Arab

Author