Connect with us

Antarabangsa

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB gesa Singapura hentikan hukuman mati

Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, menggesa Singapura untuk ‘segera mempertimbangkan semula’ hukuman mati disabitkan ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah menyeludup ganja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB gesa Singapura hentikan hukuman mati
Foto: S Tangaraju (kiri) dan Richard Branson (kanan).
  • Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, menggesa Singapura untuk ‘segera mempertimbangkan semula’ hukuman mati disabitkan ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah menyeludup ganja.
  • Hukuman gantung sampai mati ke atas S Tangaraju, 46, dijadualkan hari ini selepas tertuduh disabitkan bersalah menyeludup 1.02 kilogram ganja dengan jumlah itu adalah dua kali ganda bagi merit hukuman terbabit di republik berkenaan.
  • Pejabat berkenaan dalam kenyataan berkata, hukuman mati masih dikuatkuasakan di beberapa negara dengan alasan ia mampu mengekang jenayah.
  • Singapura memiliki beberapa undang-undang antidadah paling ketat di dunia, selain menegaskan hukuman mati kekal sebagai penghalang berkesan bagi penyeludupan, namun pelaksanaannya dibantah Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB.
  • Singapura kembali menguatkuasakan hukuman mati pada Mac 2022 selepas pelaksanaannya ditempohkan lebih dua tahun.

SINGAPURA: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, menggesa Singapura untuk ‘segera mempertimbangkan semula’ hukuman mati disabitkan ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah menyeludup ganja.

Hukuman gantung sampai mati ke atas S Tangaraju, 46, dijadualkan hari ini selepas tertuduh disabitkan bersalah menyeludup 1.02 kilogram ganja dengan jumlah itu adalah dua kali ganda bagi merit hukuman terbabit di republik berkenaan.

Keluarga Tangaraju bagaimanapun sudah memfailkan bagi perbicaraan semula kes terbabit.

Pejabat berkenaan dalam kenyataan berkata, hukuman mati masih dikuatkuasakan di beberapa negara dengan alasan ia mampu mengekang jenayah.

“Kita khuatir mengenai proses wajar dan menghormati jaminan perbicaraan adil. Pejabat Hak Asasi Manusia PBB menyeru pihak berkuasa untuk tidak meneruskan pelaksanaan hukuman itu,” katanya.

Hukuman ke atas Tangaraju adalah pertama kali dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, selain menjadi ke-12 sejak tahun lalu.

Singapura memiliki beberapa undang-undang antidadah paling ketat di dunia, selain menegaskan hukuman mati kekal sebagai penghalang berkesan bagi penyeludupan, namun pelaksanaannya dibantah Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB.

Singapura kembali menguatkuasakan hukuman mati pada Mac 2022 selepas pelaksanaannya ditempohkan lebih dua tahun.

Hukuman gantung pernah dilaksanakan ke atas Nagaenthran K Dharmalingam yang mencetuskan bantahan global, termasuk daripada PBB dan jutawan British, Richard Branson kerana tertuduh dianggap memiliki kecacatan mental.

Sementara itu, Richard yang juga Ahli Suruhanjaya Dasar Dadah Global yang berpangkalan di Geneva, turut menggesa Singapura menghentikan hukuman ke atas Tangaraju.

Beliau menerusi blognya semalam, berkata Tangaraju ‘tidak berada berhampiran’ dadah ketika ditahan, selain menjelaskan Singapura mungkin membunuh lelaki tidak bersalah.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri Singapura menerusi reaksi balasnya pula berkata kesalahan Tangaraju dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

“Dakwaan Richard menunjukkan beliau tidak menghormati hakim dan sistem keadilan jenayah Singapura,” katanya.

Ganja tidak disenaraikan sebagai jenayah di beberapa negara, termasuk Thailand, selain kumpulan hak asasi manusia menyeru Singapura menghapuskan hukuman mati.

Singapura tahun lalu, menjemput Richard menyertai debat mengenai hukuman mati yang dijadual disiarkan di televisyen, tetapi ditolak ahli perniagaan itu dengan alasan pihak berkuasa sebaliknya perlu menyertai aktivis hak asasi tempatan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *