Connect with us

Antarabangsa

PBB mahu penjelasan Taliban mengenai larangan wanita bertugas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu Taliban memberikan penjelasan mengenai larangan ke atas kakitangan wanita badan dunia itu daripada bertugas di Afghanistan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PBB mahu penjelasan Taliban mengenai larangan wanita bertugas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Rakan sekerja lapangan dalam misi PBB di Afghanistan, UNAMA, menerima arahan daripada pihak berkuasa de facto yang melarang petugas wanita PBB daripada bekerja”. – Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric 
  • “PBB masih meneliti sejauh mana tindakan itu akan menjejaskan operasinya di Afghanistan, dan untuk itu lebih banyak pertemuan dengan Taliban dijangkakan di Kabul pada Rabu untuk mendapatkan penjelasan,
  • Sebarang larangan tidak boleh diterima kerana ia mengganggu dan menjejaskan keupayaan organisasi bantuan untuk mencapai mereka yang paling memerlukan, kata Dujarric kepada pemberita.

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu Taliban memberikan penjelasan mengenai larangan ke atas kakitangan wanita badan dunia itu daripada bertugas di Afghanistan.

“Rakan sekerja lapangan dalam misi PBB di Afghanistan, UNAMA, menerima arahan daripada pihak berkuasa de facto yang melarang petugas wanita PBB daripada bekerja.

“PBB masih meneliti sejauh mana tindakan itu akan menjejaskan operasinya di Afghanistan, dan untuk itu lebih banyak pertemuan dengan Taliban dijangkakan di Kabul pada Rabu untuk mendapatkan penjelasan,” kata jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric pada Selasa.

Sebarang larangan tidak boleh diterima kerana ia mengganggu dan menjejaskan keupayaan organisasi bantuan untuk mencapai mereka yang paling memerlukan, kata Dujarric kepada pemberita.

“Kakitangan wanita penting bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyampaikan bantuan dan menyelamatkan nyawa,” katanya lapor Xinhua.

PBB mempunyai kira-kira 3,900 kakitangan di Afghanistan dengan 3,300 daripadanya warga Afghanistan, termasuk kira-kira 400 wanita Afghanistan dan 200 kakitangan asing.

Daripada populasi kira-kira 40 juta orang di Afghanistan, PBB berusaha menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 23 juta lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Beliau berkata berdasarkan budaya di Afghanistan, badan dunia itu memerlukan petugas wanita untuk menyampaikan bantuan kepada kaum wanita.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *