Connect with us

Antarabangsa

NASA umum angkasawan wanita, lelaki kulit hitam pertama misi ke bulan

AGENSI Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mengumumkan nama empat angkasawan ke bulan selepas 50 tahun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

NASA umum angkawasan wanita, lelaki kulit hitam pertama misi ke bulan
Foto: (Dari kiri) Victor Glover, Reid Wiseman, Jeremy Hansen dan Christina Hammock Koch.
  • Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mengumumkan nama empat angkasawan ke bulan selepas 50 tahun.
  • Christina Koch akan menjadi angkasawan wanita pertama ditugaskan untuk misi ke bulan ini manakala Victor Glover angkasawan pertama berkulit hitam.
  • Mereka menyertai misi Artemis II bersama Reid Wiseman dan Jeremy Hansen yang akan menerbangkan kapsul mengelilingi bulan akhir tahun depan atau awal tahun 2025.

AGENSI Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mengumumkan nama empat angkasawan ke bulan selepas 50 tahun.

Christina Koch akan menjadi angkasawan wanita pertama ditugaskan untuk misi ke bulan ini manakala Victor Glover angkasawan pertama berkulit hitam.

Mereka menyertai misi Artemis II bersama Reid Wiseman dan Jeremy Hansen yang akan menerbangkan kapsul mengelilingi bulan akhir tahun depan atau awal tahun 2025.

Kumpulan angkasawan ini tidak akan menjejak bulan namun misi mereka membuka jalan untuk misi akan datang.

Penyertaan angkasawan ini yang terdiri daripada tiga warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang warga Kanada, diumumkan dalam satu acara di Houston, Texas pada Isnin.

Selepas ini mereka akan memulakan latihan intensif bagi menyediakan mereka menjalani misi tersebut.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *