Connect with us

Antarabangsa

Lelaki takutkan ayam jiran sehingga mati dihukum penjara di China

Seorang lelaki dikenali dengan nama keluarga Gu dijatuhkan hukuman penjara selepas mahkamah mendapati dia bersalah menakutkan 1,100 ekor ayam milik jiran yang ‘tidak sebulu’ dengannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki takutkan ayam jiran sehingga mati dihukum penjara di China
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki dikenali dengan nama keluarga Gu dijatuhkan hukuman penjara selepas mahkamah mendapati dia bersalah menakutkan 1,100 ekor ayam milik jiran yang ‘tidak sebulu’ dengannya.
  • Kedua-dua individu itu dilaporkan bergaduh sejak mereka berjiran, di mana Zhong menebang pokok Gu tanpa kebenaran pada April 2022.
  • Kali pertama Gu menceroboh harta jirannya, dia menyebabkan 500 ekor ayam mati dan ditangkap polis serta dipaksa membayar pampasan kepada Zhong sebanyak 3,000 yuan ($436).
  • Gu mengganggu harta Zhong kali kedua, membunuh 640 ekor ayam.
  • Mahkamah perintahkan Gu jalani hukuman penjara enam bulan dengan tempoh percubaan selama satu tahun – hukuman itu mengambil kira penyesalan ditunjukkan Gu atas jenayahnya.

(CNN) – Seorang lelaki dikenali dengan nama keluarga Gu dijatuhkan hukuman penjara selepas mahkamah mendapati dia bersalah menakutkan 1,100 ekor ayam milik jiran yang ‘tidak sebulu’ dengannya.

Kedua-dua individu itu dilaporkan bergaduh sejak mereka berjiran di mana Zhong menebang pokok Gu tanpa kebenaran pada April 2022.

Mahkamah di daerah Hengyang di wilayah Hunan tengah China dimaklumkan Gu membalas perbuatan itu dengan menyelinap ke ladang ayam Zhong pada waktu malam lebih daripada sekali.

Sekalipun niat Gu tidak jelas, namun lampu suluh digunakan dia menyebabkan kawanan ayam itu panik dan ketakutan hingga beratus-ratus ekor daripada haiwan tersebut mati menghimpit antara satu sama lain di satu sudut.

Kali pertama Gu menceroboh harta jirannya, dia menyebabkan 500 ekor ayam mati dan ditangkap polis serta dipaksa membayar pampasan kepada Zhong sebanyak 3,000 yuan ($436).

Tetapi dia tidak berhenti di situ dan kembali mengganggu harta Zhong untuk kali kedua, kali ini membunuh 640 ekor ayam.

Pada Selasa, Mahkamah Hengyang memutuskan Gu sengaja menyebabkan kehilangan harta benda kepada Zhong.

Pihak berkuasa China mengatakan 1,100 ekor ayam yang mati itu dianggarkan bernilai sejumlah 13,840 yuan ($2,015).

Mahkamah memerintahkan Gu menjalani hukuman penjara enam bulan dengan tempoh percubaan selama satu tahun – hukuman itu dikatakan mengambil kira penyesalan ditunjukkan Gu atas jenayahnya.

Sumber: CNN World

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *