Connect with us

Terkini

Lelaki muat naik ciapan berbaur perkauman di media sosial ditahan

Selepas hampir enam hari diburu, seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik ciapan berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki muat naik ciapan berbaur perkauman di media sosial ditahan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Selepas hampir enam hari diburu, seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik ciapan berunsur perkauman boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
  • Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
  • “Tangkapan membabitkan individu bernama Roslizal Razali yang dipercayai memuat naik ciapan di Twitter @RezaRazali.
  • Menurut beliau, antara kesalahannya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam hari diburu, seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik ciapan berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman jam 6.30 petang di sekitar ibu negara.

“Tangkapan membabitkan individu bernama Roslizal Razali yang dipercayai memuat naik ciapan di Twitter @RezaRazali.

“Pihak polis turut merampas komputer riba dan telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, antara kesalahannya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Pihak polis akan mendapatkan permohonan reman hari ini,” katanya.

Pada 6 April lalu, PDRM membuat hebahan bagi mengesan Roslizal, 46, untuk membantu siasatan kes.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar di talian 016-4469473 atau 03-22666071.

Sumber: Berita Harian

Author