Connect with us

Antarabangsa

Lebih 500 kanak-kanak terbunuh dalam perang Rusia-Ukraine

Lebih 500 kanak-kanak terbunuh di Ukraine sejak Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas negara itu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 500 kanak-kanak terbunuh dalam perang Rusia-Ukraine
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 500 kanak-kanak terbunuh di Ukraine sejak Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas negara itu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
  • “Sejak meningkatnya perang pada Februari 2022, sekurang-kurangnya 501 kanak-kanak telah terbunuh,” Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell di Twitter.
  • Hampir 1,000 kanak-kanak telah cedera yang meninggalkan kesan luka dan parut sehingga boleh memberi kesan kepada diri mereka untuk seumur hidup.

KYIV, 13 Ramadan 1444H, Selasa – Lebih 500 kanak-kanak terbunuh di Ukraine sejak Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas negara itu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

“Satu lagi peristiwa tragis untuk kanak-kanak dan keluarga Ukraine.

“Sejak meningkatnya perang pada Februari 2022, sekurang-kurangnya 501 kanak-kanak telah terbunuh,” Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell di Twitter.

Beliau berkata, angka kematian sebenar kanak-kanak di Ukraine berkemungkinan jauh lebih tinggi daripada angka yang disahkan oleh UNICEF.

Katanya, hampir 1,000 kanak-kanak telah cedera yang meninggalkan kesan luka dan parut sehingga boleh memberi kesan kepada diri mereka untuk seumur hidup.

”Di sebalik setiap nombor adalah keluarga yang terpisah dan berubah selama-lamanya, ia sangat menyayat hati.

”Akhirnya, kanak-kanak dan keluarga memerlukan ketenangan. Ia tidak boleh datang segera,” katanya.- Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *