Connect with us

Antarabangsa

Lebih 42,000 pelajar di Tanzania tidak bersekolah kerana hamil

Sekurang-kurangnya 42,954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil, menurut laporan terbaharu oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara (CAG) Tanzania.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 42,000 pelajar di Tanzania tidak bersekolah kerana hamil
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 42,954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil, menurut laporan terbaharu oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara (CAG) Tanzania.
  • Menurut laporan CAG 2021/2022 yang dibentangkan di Parlimen di Dodoma, daripada 42,954 pelajar yang hamil, 23,009 terdiri pelajar sekolah menengah dan 19,945 murid sekolah rendah, lapor Xinhua.
  • Menurut laporan itu, sekolah menengah mempunyai bilangan pelajar paling ramai hamil dari perbandaran Kinondoni di wilayah Dar es Salaam iaitu seramai 4,652 orang, diikuti di wilayah Mtwara seramai 3,783 dan di wilayah Mwanza 2,570 orang.
  • Bagi sekolah rendah, bilangan murid paling ramai hamil dilaporkan di daerah Kwimba iaitu 9,045 orang diikuti di daerah Uvinza seramai 2,172 orang.

DAR ES SALAAM (TANZANIA): Sekurang-kurangnya 42,954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil, menurut laporan terbaharu oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara (CAG) Tanzania.

Menurut laporan CAG 2021/2022 yang dibentangkan di Parlimen di Dodoma, daripada 42,954 pelajar yang hamil, 23,009 terdiri pelajar sekolah menengah dan 19,945 murid sekolah rendah, lapor Xinhua.

Pelajar sekolah menengah yang hamil menyumbang 28 peratus daripada 82,236 pelajar yang dijadualkan menamatkan pendidikan peringkat biasa pada 2021.

Menurut laporan itu, sekolah menengah yang mempunyai bilangan pelajar paling ramai hamil adalah dari perbandaran Kinondoni di wilayah Dar es Salaam iaitu seramai 4,652 orang, diikuti di wilayah Mtwara seramai 3,783 dan di wilayah Mwanza seramai 2,570.

Bagi sekolah rendah, bilangan murid paling ramai hamil dilaporkan di daerah Kwimba iaitu 9,045 orang diikuti di daerah Uvinza seramai 2,172 orang, menurut laporan itu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *