Connect with us

Antarabangsa

Lebih 1,500 penceroboh haram Israel serbu Masjid al-Aqsa pada Paskah Yahudi

Lebih 1,500 penceroboh haram Israel menyerbu masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur ketika sambutan perayaan Paskah Yahudi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 1,500 penceroboh haram Israel serbu Masjid al-Aqsa pada Paskah Yahudi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 1,500 penceroboh haram Israel menyerbu masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur ketika sambutan perayaan Paskah Yahudi.
  • Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis berkata, kira-kira 1,532 penceroboh haram menyerbu Masjid al-Aqsa, semalam.
  • 21 kumpulan penceroboh menyerbu perkarangan masjid dengan diiringi pasukan polis Israel.
  • Terdahulu, polis Israel menghalang warga Palestin berusia bawah 50 tahun daripada memasuki Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat.

BAITULMAQDIS, 20 Ramadan 1444H, Selasa – Lebih 1,500 penceroboh haram Israel menyerbu masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur ketika sambutan perayaan Paskah Yahudi.

Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 1,532 penceroboh haram menyerbu Masjid al-Aqsa, semalam.

Jabatan itu berkata, 21 kumpulan penceroboh menyerbu perkarangan masjid dengan diiringi pasukan polis Israel.

Terdahulu, polis Israel menghalang warga Palestin berusia bawah 50 tahun daripada memasuki Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat, kata saksi.

Saksi berkata, pasukan polis dikerahkan mengawal perkarangan al-Aqsa sebelum membenarkan puluhan kumpulan penceroboh menyerbu masuk melalui Pintu Mughrabi di bahagian barat masjid.

Polis turut menghalau sejumlah jemaah dari perkarangan Masjid al-Aqsa ketika pencerobohan berlaku.

Ahad lalu, Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis memaklumkan, 912 penceroboh menyerbu Masjid Al-Aqsa pada cuti Paskah Yahudi yang berterusan sehingga 12 April.

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin selepas tentera menyerbu kompleks Masjid al-Aqsa dan mengusir jemaah Palestin secara paksa minggu lalu.

Tindakan Israel ke atas masjid itu mencetuskan serangan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan, yang turut bertindak balas oleh Tel Aviv.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *