Connect with us

Antarabangsa

Krisis Sudan: Pertempuran makin teruk hadkan operasi kemanusiaan – PBB

Pertempuran yang semakin teruk di antara pihak tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di Sudan mengehadkan operasi kemanusiaan, kata anggota kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Krisis Sudan: Pertempuran makin teruk hadkan operasi kemanusiaan – PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertempuran semakin teruk di antara pihak tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di Sudan mengehadkan operasi kemanusiaan.
  • “Terdapat keupayaan terhad untuk memindahkan kakitangan dan bekalan.
  • “Penyasaran tembakan dan rompakan premis kemanusiaan perlu dihentikan. Serangan ke atas aset dan kemudahan kemanusiaan akan menjejaskan keupayaan kami untuk meneruskan operasi menyelamatkan nyawa,” kata Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).
  • OCHA memaklumkan, Program Makanan Sedunia menggantung sementara operasi berikutan pembunuhan tiga kakitangan yang terperangkap dalam pertempuran di Darfur Utara.
  • Serangan ke atas kemudahan awam yang kritikal, termasuk kesihatan, air, sanitasi dan kebersihan, menjejaskan akses kepada perkhidmatan penting.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Pertempuran yang semakin teruk di antara pihak tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di Sudan mengehadkan operasi kemanusiaan, kata anggota kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Terdapat keupayaan terhad untuk memindahkan kakitangan dan bekalan.

“Penyasaran tembakan dan rompakan premis kemanusiaan perlu dihentikan. Serangan ke atas aset dan kemudahan kemanusiaan akan menjejaskan keupayaan kami untuk meneruskan operasi menyelamatkan nyawa,” kata Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

OCHA memaklumkan, Program Makanan Sedunia menggantung sementara operasi berikutan pembunuhan tiga kakitangan yang terperangkap dalam pertempuran di Darfur Utara.

Serangan ke atas kemudahan awam yang kritikal, termasuk kesihatan, air, sanitasi dan kebersihan, menjejaskan akses kepada perkhidmatan penting.

Ketua Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric memberitahu pemberita dalam taklimat tetap bahawa pekerja kemanusiaan di Khartoum sedang berkurung.

Katanya, kakitangan kemanusiaan diarah tinggal di pangsapuri masing-masing atau mereka dalam kes pangsapuri diambil alih oleh pejuang tinggal di pangsapuri rakan, jiran atau rakan sekerja.

Pasukan kemanusiaan berkata, sembilan hospital di Khartoum dan dua di Bahri atau Khartoum North ditutup kerana tembakan dan berada dalam situasi tidak aman.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran beberapa hospital Khartoum kehabisan darah, peralatan transfusi, cecair intravena dan bekalan perubatan penting yang lain.

OCHA melaporkan dalam kemaskininya bahawa pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan dan RSF berlaku di seluruh negara untuk hari keempat dengan lebih 180 orang terbunuh, manakala 1,800 lagi cedera.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *