Antarabangsa
Ketua Menteri Bengal Barat seru penganut Hindu lindungi golongan minoriti
Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee menyeru “saudara Hindu” untuk mempertahankan golongan minoriti dan memberi amaran akan berlakunya satu lagi keganasan dirancang di negeri itu pada Khamis ini ketika sambutan Hanuman Jayanti.
- Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee menyeru “saudara Hindu” untuk mempertahankan golongan minoriti.
- Dia memberi amaran akan berlakunya satu lagi keganasan dirancang di negeri itu pada Khamis ini ketika sambutan Hanuman Jayanti.
- “Saya akan menunaikan kewajipan kepada saudara Hindu saya untuk melihat bahawa minoriti tidak diseksa pada 6 April (Hanuman Jayanti),” – Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.
Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee menyeru “saudara Hindu” untuk mempertahankan golongan minoriti dan memberi amaran akan berlakunya satu lagi keganasan dirancang di negeri itu pada Khamis ini ketika sambutan Hanuman Jayanti.
Dia juga menyebut yang pekerja politik membawa senjata dan bom sedang mengadakan perarakan Ram Navami dalam komuniti minoriti selepas cuti itu berakhir untuk mencetuskan keganasan.
Memetik laporan Muslim Mirror, kenyataan Banerjee dibuat sehari selepas dua kumpulan bertempur ketika perarakan Ram Navami di Rishra dan Serampore di daerah Hooghly.
Pada hari perayaan itu iaitu 30 Mac lalu, berlaku satu lagi konflik berhampiran Kazipara di Howrah.
“Saya akan menunaikan kewajipan kepada saudara Hindu saya untuk melihat bahawa minoriti tidak diseksa pada 6 April (Hanuman Jayanti),” kata Banerjee dalam satu acara di wilayah Purba Medinipur.
Pemimpin Kongres Trinamool merayu kepada penganut Hindu untuk mempertahankan masyarakat Adivasis dan Kasta Terjadual.
Benggala Barat menjadi tempat konflik dan perbuatan vandalisme berkaitan perayaan itu sejak minggu lalu.
“Mengapa akan ada perarakan selama lima hari lagi selepas Ram Navami? Lakukan pada hari perayaan. Kami tidak pernah membantah. Tetapi mereka tidak boleh melakukan perhimpunan dengan senjata api dan bom, atau tanpa kebenaran yang diperlukan daripada polis,” kata Banerjee.
Dia juga mendakwa Parti Bharatiya Janata (BJP) bertanggungjawab ke atas rusuhan dan pembakaran yang berlaku semasa perayaan Ramnavami.
“Mereka sengaja pergi ke kawasan minoriti untuk mencetuskan keganasan dan menimbulkan ketegangan,” katanya.
“Tiada siapa akan dapat menghalang saya daripada berjuang untuk rakyat selagi saya masih hidup. Saya pernah bersama rakyat, saya kini bersama rakyat dan saya akan tinggal bersama rakyat,” katanya.
Banerjee juga mendakwa kerajaan pusat ditadbir BJP adalah “yang paling korup” dan telah menghentikan aliran dana kerana pentadbirannya.
Sumber: Muslim Mirror