Connect with us

Terkini

Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat – PEMADAM

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menyeru kerajaan supaya memperhebatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok dan penyalahgunaan rokok elektronik atau vape.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kempen advokasi kesedaran penyalahgunaan vape, rokok perlu dipertingkat – PEMADAM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menyeru kerajaan supaya memperhebatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok dan penyalahgunaan rokok elektronik atau vape.
  • Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar PEMADAM, Datuk Jamelah A. Bakar, berkata ketagihan rokok dan vape adalah pembuka jalan kepada tabiat penyalahgunaan pelbagai jenis dadah.
  • Menurutnya, pihaknya bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah didapati terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape. 
  • “Kerajaan juga perlu melihat perkembangan penularan penggunaan vape secara serius. Selain itu, terdapat institusi skim pembiayaan peniagaan yang memberi pinjaman begitu mudah sekiranya ada pemohon yang berhasrat untuk berniaga vape,” katanya, dalam kenyataan, pada selasa.

KUALA LUMPUR – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menyeru kerajaan supaya memperhebatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok dan penyalahgunaan rokok elektronik atau vape.

Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar PEMADAM, Datuk Jamelah A. Bakar, berkata ketagihan rokok dan vape adalah pembuka jalan kepada tabiat penyalahgunaan pelbagai jenis dadah.

Menurutnya, pihaknya bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah didapati terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape. 

“Kerajaan juga perlu melihat perkembangan penularan penggunaan vape secara serius. Selain itu, terdapat institusi skim pembiayaan peniagaan yang memberi pinjaman begitu mudah sekiranya ada pemohon yang berhasrat untuk berniaga vape,” katanya, dalam kenyataan, semalam.

Selaras dengan aspirasi kerajaan mewujudkan Generasi Penamat Rokok, katanya, pihaknya yakin Kementerian Kesihatan (KKM) dapat membentang Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang menjadi teras kepada kawalan penularan penggunaan vape serta rokok.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, dilaporkan berkata saringan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi  program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.

Beliau berpendapat bahawa langkah untuk mewujudkan rang undang-undang tersebut, dapat menyelesaikan masalah dasar percukaian terhadap produk itu dapat dikawal selia secara komprehensif di samping menjamin aktiviti pengiklanan dan promosi dapat dikawal.

Pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok termasuk rokok elektronik pada sidang Dewan Rakyat, Mei ini.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *