Antarabangsa
Keluarga wanita Filipina meninggal dunia selepas disuntik vaksin COVID-19 terima AS$169,122
Keluarga seorang wanita warga Filipina yang meninggal dunia empat hari selepas menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19 diberi AS$169,122 di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP), kata Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.
- Keluarga seorang wanita warga Filipina meninggal dunia empat hari selepas menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19 diberi AS$169,122 di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP).
- Ontal Charlene Vargas, meninggal dunia pada 13 Disember 2021 dan punca kematiannya adalah miokarditis atau keradangan jantung, mahkamah koroner.
- MOH mengesahkan kes itu adalah kematian kedua berkaitan vaksinasi COVID-19 di Singapura.
- “Panel menilai bahawa kematiannya mungkin berkaitan dengan vaksinasi COVID-19 dan bantuan kewangan sekali sahaja sebanyak AS$225,000 dihulurkan kepada keluarganya di Filipina,” – VIFAP.
SINGAPURA: Keluarga seorang wanita warga Filipina yang meninggal dunia empat hari selepas menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19 diberi AS$169,122 di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP), kata Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.
Ontal Charlene Vargas, 43, meninggal dunia pada 13 Disember 2021 dan punca kematiannya adalah miokarditis atau keradangan jantung, mahkamah koroner diberitahu pada Jumaat.
Koroner negeri, Adam Nakhoda mendapati bahawa berdasarkan imbangan kebarangkalian, ia berkemungkinan berkaitan dengan vaksinasi COVID-19.
MOH mengesahkan kes itu adalah kematian kedua berkaitan vaksinasi COVID-19 di Singapura.
Yang pertama membabitkan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun yang meninggal dunia akibat miokarditis pada 9 Julai 2021, kira-kira tiga minggu selepas menerima vaksin COVID-19.
VIFAP menyediakan ‘bantuan kewangan muhibah sekali’ kepada penerima vaksin COVID-19 di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, selaras dengan saranan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19, dan yang mengalami kesan sampingan serius dinilai berkaitan dengan vaksin yang diberikan di Singapura.
MOH berkata, keluarga Vargas juga sudah mengemukakan permohonan di bawah VIFAP pada Januari 2023, dan ia disemak oleh panel klinikal bebas.
“Panel menilai bahawa kematiannya mungkin berkaitan dengan vaksinasi COVID-19 dan bantuan kewangan sekali sahaja sebanyak AS$225,000 dihulurkan kepada keluarganya di Filipina,” kata kementerian itu.
Sumber: Berita Harian