Antarabangsa
‘Kejatuhan’ rejim zionis Israel sudah bermula – Ketua Staf Angkatan Tentera Iran
Israel akan pupus di masa hadapan kerana negara itu kini berdepan “rantaian krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya,” kata badan tentera tertinggi Iran pada Khamis, menjelang sambutan Hari Quds (Jerusalem).

- Israel akan pupus di masa hadapan kerana negara itu menghadapi “rantaian krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya,” kata badan tentera tertinggi Iran pada Khamis menjelang sambutan Hari Quds.
- Ketua Staf Angkatan Tentera Iran, yang menyelaras tentera konvensional Iran dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), berkata ‘penentangan Islam’ dari luar dan protes dalaman adalah “mencabar sifat rejim Zionis” dan “perhitungan menjelang hari kejatuhan Zionisme bermula”.
- Hari Quds diadakan pada hari Jumaat terakhir bulan puasa umat Islam Ramadan yang jatuh pada 14 April tahun ini.
Israel akan pupus di masa hadapan kerana negara itu kini berdepan “rantaian krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya,” kata badan tentera tertinggi Iran pada Khamis, menjelang sambutan Hari Quds (Jerusalem).
Ketua Staf Angkatan Tentera Iran yang menyelaras tentera konvensional Iran dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), berkata ‘penentangan Islam’ dari luar dan protes dalaman adalah “mencabar sifat rejim Zionis” dan “perhitungan menjelang hari kejatuhan Zionisme bermula”.
“Dengan rahmat Tuhan, tidak akan ada rejim Zionis pada masa akan datang,” katanya dipetik AlArabiya News.
Kenyataan itu dibuat menjelang Hari Quds, acara tahunan yang dilancarkan pada 1979 oleh bekas pemimpin tertinggi dan pengasas Republik Islam, Ruhollah Khomeini.
Ia diadakan pada hari Jumaat terakhir bulan puasa umat Islam Ramadan yang jatuh pada 14 April tahun ini.
Dalam pada itu, perarakan Hari Quds secara tradisinya menampilkan penunjuk perasaan yang melaungkan “kematian bagi Israel” dan “kematian bagi Amerika” serta membakar bendera kedua-dua negara tersebut.
Iran juga tidak mengiktiraf musuh ketatnya, Israel dan menyokong perjuangan Palestin yang menjadi asas dasar luarnya sejak Revolusi Islam 1979.
Sumber: Al Arabiya News

You must be logged in to post a comment Login