Antarabangsa
Jenayah kebencian dijangka meningkat di AS menjelang pilihan raya 2024
Terdapat sebuah laporan baharu yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi hak-hak sivil yang menyatakan bahawa jenayah kebencian di Amerika Syarikat (AS) akan meningkat tinggi menjelang pilihan raya 2024.
- Terdapat sebuah laporan baharu dikeluarkan oleh sebuah organisasi hak-hak sivil menyatakan bahawa jenayah kebencian di Amerika Syarikat (AS) akan meningkat tinggi menjelang pilihan raya 2024.
- Laporan dikeluarkan oleh The Leadership Conference Education Fund itu menyatakan bahawa data daripada FBI menunjukkan bahawa terdapat sebuah pola peningkatan bagi jenayah kebencian sewaktu pilihan raya pilihan raya umum.
- Data diambil daripada dapatan kajian dari 230 buah organisasi hak-hak asasi manusia AS menunjukkan bahawa sejak tahun 2008 apabila Barack Obama menjadi Presiden, kadar jenayah kebencian mengalami peningkatan.
- Data dinyatakan oleh laporan tersebut menunjukkan bahawa sasaran utama bagi jenayah kebencian adalah golongan kulit hitam dan orang-orang Islam.
AMERIKA SYARIKAT, 28 April 2023 – Terdapat sebuah laporan baharu yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi hak-hak sivil yang menyatakan bahawa jenayah kebencian di Amerika Syarikat (AS) akan meningkat tinggi menjelang pilihan raya 2024.
Laporan yang dikeluarkan oleh The Leadership Conference Education Fund itu menyatakan bahawa data daripada FBI menunjukkan bahawa terdapat sebuah pola peningkatan bagi jenayah kebencian sewaktu pilihan raya-pilihan raya umum.
Laporan yang diterbitkan pada Khamis lalu itu menyatakan bahawa jika tiada sebarang tindakan yang diambil, keadaan yang telah terjadi kini akan memberi peluang untuk jenayah kebencian meningkat sehingga pilihan raya tahun 2024.
Leadership Conference Education Fund adalah sebuah badan kajian yang ditubuhkan oleh Leadership Conference on Civil and Human Rights.
Data yang diambil daripada dapatan kajian dari 230 buah organisasi hak-hak asasi manusia AS menunjukkan bahawa sejak tahun 2008 apabila Barack Obama menjadi Presiden, kadar jenayah kebencian mengalami peningkatan.
Laporan yang sama turut menyatakan bahawa kadar jenayah kebencian telah meningkat hampir dua kali ganda sejak tahun 2015 dan ianya berada pada tahap kemuncak sewaktu dan selepas kempen pilihan raya Donald Trump.
Data yang dinyatakan oleh laporan tersebut menunjukkan bahawa sasaran utama bagi jenayah kebencian di negara tersebut adalah golongan kulit hitam dan orang-orang Islam.
Sumber: Samudera