Terkini
Jakim nafi sudah tetap tarikh 1 Syawal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan kenyataan dibuat pihak tertentu mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023M, hari ini.
- Jakim menafikan kenyataan dibuat pihak tertentu mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023M, hari ini, 4 April 2023.
- Jakim memaklumkan kalendar memaparkan tarikh-tarikh penting Islam – termasuk Hari Raya Aidilfitri kononnya jatuh pada 21 April ini – yang didakwa dikeluarkan jabatan itu adalah tidak sahih.
- “Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya.
- Tular satu kenyataan memaparkan Kalender Islam di media sosial yang menghimpunkan tarikh-tarikh penting termasuk 1 Syawal yang dikatakan akan disambut pada 21 April.
BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan kenyataan dibuat pihak tertentu mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023M, hari ini.
Dalam kenyataan penafian hari ini, Jakim memaklumkan kalendar memaparkan tarikh-tarikh penting Islam – termasuk Hari Raya Aidilfitri kononnya jatuh pada 21 April ini – yang didakwa dikeluarkan jabatan itu adalah tidak sahih.
“Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya.
Terdahulu, tular kenyataan memaparkan Kalender Islam di media sosial yang menghimpunkan tarikh-tarikh penting termasuk 1 Syawal yang dikatakan akan disambut pada 21 April.
Sementara itu, bagi musim haji pula bermula pada 26 Jun 2023, Hari Arafah jatuh kepada 27 Jun 2023 dan Aidiladha disambut 28 Jun 2023.
Tahun lalu, rakyat di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri secara mengejut apabila tarikh sambutan diumumkan sehari lebih awal.
Sumber: Ismaweb