Connect with us

Antarabangsa

Islamofobia semakin berleluasa terhadap umat Islam di Kanada – Kajian Senat

Islamofobia dan keganasan terhadap umat Islam semakin berleluasa dan berakar umbi dalam masyarakat Kanada, menurut kajian daripada jawatankuasa Senat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Islamofobia semakin berleluasa terhadap umat Islam di Kanada - Kajian Senat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Senat Kanada, Senator Alma Ataullahjan dalam satu wawancara melalui telefon dengan The Canadian Press berkata, wanita Islam yang memakai tudung khususnya wanita Islam berkulit hitam merupakan golongan yang paling terdedah dengan Islamofobia dalam lingkungan persekitaran awam.
  • Beliau berkata ramai orang Islam di Kanada hidup dalam ketakutan secara berterusan kerana menjadi sasaran terutamanya jika mereka pernah mengalami serangan Islamofobia dan menjadi saksi kepada serangan akibat keganasan terhadap seseorang atau kehilangan orang yang mereka sayang.
  • “Sesetengah daripada wanita ini takut untuk meninggalkan rumah mereka dan menjadi sukar bagi mereka untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah. Ramai yang diludah,” katanya.

KANADA – Islamofobia dan keganasan terhadap umat Islam semakin berleluasa dan berakar umbi dalam masyarakat Kanada, menurut kajian daripada jawatankuasa Senat.

Pengerusi Jawatankuasa Senat, Senator Alma Ataullahjan dalam satu wawancara melalui telefon dengan The Canadian Press berkata, wanita Islam yang memakai tudung khususnya wanita Islam berkulit hitam merupakan golongan yang paling terdedah dengan Islamofobia dalam lingkungan persekitaran awam.

Beliau berkata, ramai orang Islam di Kanada hidup dalam ketakutan secara berterusan kerana menjadi sasaran terutamanya jika mereka pernah mengalami serangan Islamofobia dan menjadi saksi kepada serangan akibat keganasan terhadap seseorang atau kehilangan orang yang mereka sayang.

“Sesetengah daripada wanita ini takut untuk meninggalkan rumah mereka dan menjadi sukar bagi mereka untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah. Ramai yang diludah,” katanya.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Statistics Canada pada bulan lalu, jenayah kebencian yang menyasarkan umat Islam telah meningkat sehingga 71 peratus dari 2020 hingga 2021.

Berdasarkan penemuan daripada kajian jawatankuasa Senat itu, serangan terhadap orang Islam sering berlaku di jalanan dan kelihatan lebih ganas daripada apa yang disasarkan kepada kumpulan agama lain.

Jelas Ataullahjan, menurut penganalisis dan pakar yang ditemu bual, kebangkitan kumpulan kebencian sayap kanan dan kumpulan anti-Islam adalah antara faktor yang mendorong kepada serangan terhadap umat Islam.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *