Connect with us

Antarabangsa

Iran dituduh racun ratusan pelajar untuk menyekat protes

Lebih daripada 300 insiden keracunan berlaku di sekolah sekitar Iran, yang menurut pengkritik tidak boleh berlaku tanpa pengakuan atau kelulusan Tehran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Iran dituduh racun ratusan pelajar untuk menyekat protes
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih daripada 300 insiden keracunan berlaku di sekolah sekitar Iran, yang menurut pengkritik tidak boleh berlaku tanpa pengakuan atau kelulusan Tehran.
  • “Serangan ini kemungkinan besar dibuat untuk menghukum dan menakutkan rakyat Iran atas protes meluas yang meletus pada September 2022 selepas pembunuhan Mahsa Amini,” kata penasihat kanan Iran dan ekonomi kewangan di Yayasan Pertahanan Demokrasi (FDD), Saeed Ghasseminejad.
  • Memetik laporan Fox News, FDD yang merupakan sebuah badan pemikir bukan partisan berpangkalan di Washington itu menjejaki serangan di seluruh Iran dan mendapati 328 serangan kimia setakat 14 April lalu.

Lebih daripada 300 insiden keracunan berlaku di sekolah sekitar Iran, yang menurut pengkritik tidak boleh berlaku tanpa pengakuan atau kelulusan Tehran.

“Serangan ini kemungkinan besar dibuat untuk menghukum dan menakutkan rakyat Iran atas protes meluas yang meletus pada September 2022 selepas pembunuhan Mahsa Amini,” kata penasihat kanan Iran dan ekonomi kewangan di Yayasan Pertahanan Demokrasi (FDD), Saeed Ghasseminejad.

Memetik laporan Fox News, FDD yang merupakan sebuah badan pemikir bukan partisan berpangkalan di Washington itu menjejaki serangan di seluruh Iran dan mendapati 328 serangan kimia sehingga 14 April lalu.

Selain itu, FDD juga mendapatkan maklumat daripada laporan tempatan dan video yang disiarkan di Twitter. 

Menurut kebanyakkan laporan, bilangan mangsa terlibat dalam beberapa kes adalah antara sedozen sehingga hampir 100.

Saeed, yang merupakan banduan di Penjara Evin yang terkenal di Tehran kerana menentang rejim ulama di Tehran, menyalahkan kerajaan Iran dan berhujah serangan sedemikian tidak mungkin berlaku (terutamanya dalam jumlah besar yang mereka ada) jika kerajaan itu tidak sekurang-kurangnya menyokong mereka.

“Serangan kimia yang berterusan, canggih dan meluas terhadap sekolah, terutamanya menyasarkan kanak-kanak perempuan itu mempunyai cap jari rejim pada mereka. 

“Terdapat sifat totalitarian rejim di Tehran iaitu pelaburan besarnya serta obsesi dalam memantau dan mengawal masyarakat, ia juga tidak masuk akal untuk mempercayai bahawa serangan sedemikian boleh berlaku tanpa lampu hijau daripada penubuhan keselamatan dan perisikan,” kata Saeed.

Sebelum ini, Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasat beberapa keracunan yang berlaku di sekolah perempuan dan menyifatkannya sebagai ‘asap berbahaya’ yang menyebabkan pelajar perempuan di sekolah itu jatuh sakit pada Mac lalu. 

Pihak berkuasa pada masa itu juga menyatakan serangan tersebut menyasarkan tempat pendidikan wanita, namun laporan FDD menyatakan sekurang-kurangnya setengah dozen insiden menyasarkan sekolah lelaki dan sekolah campuran.

Sumber: Fox News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *