Connect with us

Antarabangsa

Hampir 200 terbunuh, 1,800 cedera di Sudan – PBB

Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dan 1,800 lain cedera dalam pertempuran antara pihak tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Hampir 200 terbunuh, 1,800 cedera di Sudan – PBB
Foto: Kejadian pertempuran yang meletus antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, ibu negara Sudan.
  • Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dan 1,800 lain cedera dalam pertempuran antara pihak tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di Sudan.
  • Pertempuran turut memusnahkan hospital dan menghentikan penghantaran bantuan, tiga hari selepas tercetusnya peperangan dalam bandar itu.
  • Perebutan kuasa selama berminggu-minggu bertukar menjadi ganas Sabtu lalu, membabitkan dua pasukan jeneral yang merampas kuasa pada 2021, iaitu ketua tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan dan timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo, pemimpin RSF yang berpengaruh.
  • Keselamatan premis dan kakitangan diplomatik adalah tanggungjawab utama pihak berkuasa Sudan dan menjadi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa. – Diplomat tertinggi EU, Josep Borrell.

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dan 1,800 lain cedera dalam pertempuran antara pihak tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di Sudan.

Pertempuran turut memusnahkan hospital dan menghentikan penghantaran bantuan, tiga hari selepas tercetusnya peperangan dalam bandar itu.

Perebutan kuasa selama berminggu-minggu bertukar menjadi ganas Sabtu lalu, membabitkan dua pasukan jeneral yang merampas kuasa pada 2021, iaitu ketua tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan dan timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo, pemimpin RSF yang berpengaruh.

Keadaan yang semakin tegang di ibu negara kini disifatkan sukar dikawal, malah Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Sudan dilaporkan diserang di rumahnya sendiri, semalam.

Diplomat tertinggi EU, Josep Borrell, berkata keselamatan premis dan kakitangan diplomatik adalah tanggungjawab utama pihak berkuasa Sudan dan menjadi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa.

Pertempuran turut berlaku di seluruh negara dan timbul kebimbangan mengenai limpahan serantau, baik dari segi keganasan atau krisis pelarian dan makanan.

Penduduk ibu kota yang ketakutan menghabiskan hari-hari terakhir bulan suci Ramadan dengan terkurung di rumah, melihat dari tingkap kereta kebal berada jalanan, bangunan bergegar, dan asap kebakaran yang dicetuskan oleh pertempuran.

Konflik itu menyaksikan serangan udara, artileri dan tembakan senjata berat.

Pada masa sama, penduduk terpaksa keluar untuk mendapatkan bekalan roti dan petrol di kedai yang masih dibuka, selain berdepan gangguan bekalan elektrik.

Ketua misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Sudan, Volker Perthes, memberitahu Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dalam sesi tertutup bahawa sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera.

Awal semalam, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sekali lagi menggesa pihak yang berperang di Sudan untuk ‘segera menghentikan permusuhan’.

Beliau memberi amaran bahawa pertempuran selanjutnya ‘boleh memusnahkan negara dan rantau ini’.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa beberapa hospital di Khartoum yang merawat orang awam yang cedera ‘sudah kehabisan darah, peralatan pemindahan darah, cecair intravena dan bekalan penting lain’.

Di wilayah barat Darfur, pertubuhan bantuan perubatan antarabangsa, ‘Doctors Without Borders (MSF)’ melaporkan menerima 136 pesakit yang cedera di satu-satunya hospital di El Fasher yang masih beroperasi di negeri Darfur Utara.

“Majoriti yang cedera adalah orang awam terperangkap dalam tembak menembak, sebahagian besarnya kanak-kanak.

“Disebabkan kapasiti pembedahan yang terhad, 11 orang meninggal dunia akibat kecederaan mereka dalam 48 jam pertama konflik,” kata Cyrus Paye dari MSF.

Koordinator bantuan kecemasan PBB, Martin Griffiths, berkata pertempuran terbaru itu hanya memburukkan lagi keadaan, memaksa agensi PBB dan rakan program kemanusiaan lain untuk menutup sementara lebih 250 program bantuan di serata Sudan.

Usaha diplomatik yang giat dilakukan sejak Sabtu lalu belum menampakkan sebarang hasil dalam meredakan ketegangan. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending