Connect with us

Antarabangsa

Gereja Australia tuntut pelajar LGBTQ, aktif secara seksual dilarang jadi pemimpin pelajar

Kumpulan gereja menuntut hak untuk mengecualikan pelajar homoseksual dan yang aktif berhubungan seks daripada jawatan kepimpinan pelajar di Australia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gereja Australia tuntut pelajar LGBTQ, aktif secara seksual dilarang jadi pemimpin pelajar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan gereja menuntut hak untuk mengecualikan pelajar homoseksual dan yang aktif berhubungan seks daripada jawatan kepimpinan pelajar di Australia.
  • Timbalan Perdana Menteri, Richard Marles berkata kualiti kepimpinan pelajar tidak sepatutnya dikaitkan dengan dengan seksualiti mereka.
  • Menurut laporan The Guardian, dalam penyerahan kepada semakan undang-undang anti-diskriminasi, Gereja Presbyterian Australia menuntut hak mengecualikan pelajar daripada jawatan kepimpinan jika mereka berada dalam hubungan sejenis atau melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan.

Kumpulan gereja menuntut hak untuk mengecualikan pelajar homoseksual dan yang aktif berhubungan seks daripada jawatan kepimpinan pelajar di Australia.

Timbalan Perdana Menteri, Richard Marles bagaimanapun berkata kualiti kepimpinan pelajar tidak sepatutnya dikaitkan dengan dengan seksualiti mereka.

Dalam serahan semakan undang-undang anti-diskriminasi, Gereja Presbyterian Australia menuntut hak mengecualikan pelajar daripada jawatan kepimpinan jika mereka berada dalam hubungan sejenis atau melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan.

“Mereka tidak akan dapat memberikan kepimpinan Kristian yang sesuai di sekolah Kristian yang memerlukan contoh kehidupan Kristian,” kata gereja itu dipetik The Guardian.

Dalam pada itu, Marles berkata walaupun kerajaan menghormati pandangan orang berpegang pada ajaran agama, dia tidak selesa dengan cara mendiskriminasikan kanak-kanak.

“Kami tidak dapat melihat situasi di mana kami secara tidak sengaja mendiskriminasi kanak-kanak.

“Memimpin dan kualiti kepimpinan bukanlah ditentukan oleh orientasi seksual seseorang dan kita perlu memastikan kita mempunyai kumpulan individu yang besar untuk jawatan kepimpinan di seluruh masyarakat kita,” katanya kepada program Nine’s Today pada hari Jumaat.

Gereja Presbyterian mempunyai lebih daripada 500 jemaah di seluruh Australia dan mengendalikan lebih daripada 20 sekolah dan prasekolah, termasuk sekolah swasta berprestij di Sydney dan Melbourne.

Semakan semula itu dibuat kepada Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang Australia tentang cara undang-undang anti-diskriminasi persekutuan digunakan untuk sekolah agama.

Kerajaan Australia dilaporkan komited untuk memastikan sekolah agama tidak boleh mendiskriminasi pelajar berdasarkan orientasi seksual, identiti jantina atau status perhubungan mereka.

Mereka juga berjanji menolak diskriminasi terhadap kakitangan atas dasar seksualiti atau jantina mereka serta memastikan sekolah agama mempunyai kuasa untuk mengutamakan kakitangan mengikut kepercayaan mereka sendiri apabila mengambil pekerja.

Sumber: The Guardian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *