Terkini
Empat daerah di Kedah catat 37 darjah celcius
Status cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) di negeri ini dengan bacaan 37 darjah celcius direkodkan selama tiga hari berturut-turut.
- Status cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) di negeri ini dengan bacaan 37 darjah celcius direkodkan selama tiga hari berturut-turut.
- Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz, berkata setakat ini beberapa daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang dan Padang Terap direkodkan mengalami cuaca panas itu.
- Menurutnya, cuaca ketika ini agak panas tetapi tidak berpanjangan dan pihaknya sudah mengeluarkan amaran itu.
ALOR SETAR: Status cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) di negeri ini dengan bacaan 37 darjah celcius direkodkan selama tiga hari berturut-turut.
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz, berkata setakat ini beberapa daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang dan Padang Terap direkodkan mengalami cuaca panas itu.
Menurutnya, cuaca ketika ini agak panas tetapi tidak berpanjangan dan pihaknya sudah mengeluarkan amaran itu.
“Ada kemungkinan untuk kekal atau naik 37 darjah celcius hingga 40 darjah celcius tu payah sikit.
“Tapi ada kemungkinan boleh turun bawah 35 darjah celcius dan kemungkinan untuk kekal, lebih dari itu tidak mungkin sebab akan berlaku hujan dalam waktu terdekat ini,” katanya.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air serta mengelakkan terdedah pada cuaca panas di luar selain tidak melakukan pembakaran terbuka,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sumber: Berita Harian