Connect with us

Antarabangsa

E-rokok berperisa pudina boleh sebabkan kerosakan paru-paru lebih teruk – Kajian

Kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh menyebabkan fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol, lapor United Press International (UPI).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

E-rokok berperisa pudina boleh sebabkan kerosakan paru-paru lebih teruk – Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh menyebabkan fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol.
  • “Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.
  • “Hanya kerana sesuatu bahan itu selamat untuk dimakan, tidak bermakna ia selamat untuk disedut,” kata pengarang kanan Kambez Benam, profesor bersekutu di Bahagian Pulmonari, Alergi dan Perubatan Kritikal di Sekolah Perubatan Universiti Pittsburgh.
  • Penyelidik mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol menghasilkan lebih banyak zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa mentol.

WASHINGTON: Kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh menyebabkan fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol, lapor United Press International (UPI).

“Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.

“Hanya kerana sesuatu bahan itu selamat untuk dimakan, tidak bermakna ia selamat untuk disedut,” kata pengarang kanan Kambez Benam, profesor bersekutu di Bahagian Pulmonari, Alergi dan Perubatan Kritikal di Sekolah Perubatan Universiti Pittsburgh.

Dalam kajian itu, penyelidik menggunakan sistem robotik untuk meniru manusia menghisap vape dan pernafasan manusia.

“Robot vaping” dapat meniru suhu, kelembapan, isipadu sedutan dan tempoh perokok, sambil turut meniru corak pernafasan yang sihat dan berpenyakit sebagai tindak balas kepada tahap toksik paru-paru yang disebabkan oleh e-rokok.

Penyelidik mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol menghasilkan lebih banyak zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa mentol.

Di samping itu, kajian itu menganalisis rekod pesakit yang mengesahkan perbezaan fungsi paru-paru antara e-rokok mentol dan bukan perokok mentol.

Antara 2.5 juta belia yang mengambil e-rokok pada 2022, perisa pudina dan mentol merupakan pilihan paling popular.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS terus menekan pengeluar rokok supaya menghentikan penggunaan mentol dalam produk tembakau mereka untuk menghalang orang ramai daripada menghisap vape dan mengelakkan kematian.

“Bertukar kepada e-rokok mungkin merupakan alternatif yang lebih baik dan selamat bagi seseorang yang cuba berhenti menghisap produk tembakau biasa, namun mereka perlu mengetahui tentang risiko e-rokok sebelum mencubanya,” kata Benama.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *