Connect with us

Terkini

‘Duit raya’ RM700 kepada penjawat awam negeri Perak

Kerajaan Perak mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam negeri ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Duit raya’ RM700 kepada penjawat awam negeri Perak
Foto: Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad meneliti aduan rakyat pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Ipoh semalam.
  • Kerajaan Perak mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam negeri ini.
  • Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bantuan itu bagi semua gred perjawatan termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service dan Contract For Service.
  • Penyaluran bantuan khas ini akan dibuat pada 17 April ini. Bantuan khas ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5.6 juta dan akan memanfaatkan 7,892 penjawat awam negeri Perak.
  • “Pemberian ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” kata Saarani pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di sini semalam.

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan itu bagi semua gred perjawatan termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service dan Contract For Service.

Menurutnya, penerima bantuan khas tersebut termasuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru i’dadi, guru thanawi, guru tadika Islam, Orang Besar Jajahan dan pegawai sambilan harian.

Beliau berkata, seperti tahun lalu, bantuan khas Aidilfitri turut disalurkan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan kadar RM500 seorang.

“Penyaluran bantuan khas ini akan dibuat pada 17 April ini. Bantuan khas ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5.6 juta dan akan memanfaatkan 7,892 penjawat awam negeri Perak.

“Pemberian ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di sini semalam.

Sementara itu, pada program tersebut, Saarani turut penyampaian insentif kepada 492 pesara kerajaan negeri Perak bagi tempoh Julai 2021 hingga Jun 2022.

Insentif berkenaan sebagai penghargaan kerajaan negeri atas perkhidmatan mereka dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.79 juta.

Melalui insentif itu, sebanyak RM4,400 diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP), Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada pesara yang layak.

Mereka yang menerima insentif itu ialah pesara kumpulan pengurusan dan profesional yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih secara terkumpul dalam Perkhidmatan Awam negeri dan yang berusia 50 tahun ke atas.

Turut layak ialah pesara Kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat 20 tahun dan lebih secara terkumpul dalam Perkhidmatan Awam negeri dan berusia 50 tahun ke atas. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author