Connect with us

Antarabangsa

Dua profesor tarik diri, enggan kerjasama universiti bersikap Islamofobia di AS

Dua profesor Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada sebuah program mengenai ekstremisme di George Washington University (GWU).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dua profesor tarik diri, enggan kerjasama universiti bersikap Islamofobia di AS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hilary Matfess dari Universiti Denver dan Cynthia Miller-Idriss dari Universiti Amerika menarik diri daripada sebuah program mengenai ekstremisme di George Washington University (GWU).
  • Mereka berbuat demikian berikutan pengarah program itu terlibat dalam kempen yang melabelkan beberapa organisasi Islam mempunyai kaitan dengan keganasan.
  • “Sebelum bergabung, saya sepatutnya menyelidik dahulu tentang penyelidikan pengarah dan aktiviti profesionalnya, saya tidak melakukannya dan saya menyesalinya. Untuk lebih jelas, saya mengutuk Islamofobia sekeras-kerasnya”. – Penolong Profesor di Universiti Denver, Hilary Matfess.

Dua profesor Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada sebuah program mengenai ekstremisme di George Washington University (GWU).

Memetik laporan Middle East Eye, ia berikutan laporan yang pengarah program itu terlibat dalam kempen yang melabelkan beberapa organisasi Islam mempunyai kaitan dengan keganasan.

“Sebelum bergabung, saya sepatutnya menyelidik dahulu tentang penyelidikan pengarah dan aktiviti profesionalnya, saya tidak melakukannya dan saya menyesalinya. Untuk lebih jelas, saya mengutuk Islamofobia sekeras-kerasnya,” kata Hilary Matfess selaku penolong profesor di Universiti Denver.

Sehari selepas pengumuman penarikan diri Hilary itu, pengarah pengasas makmal penyelidikan dan inovasi (Peril) polarisasi dan ekstremisme Universiti Amerika, Cynthia Miller-Idriss juga mengumumkan perkara sama.

Cynthia berkata walaupun penyertaannya di dalam program itu tidak dibayar, dia masih mahu namanya dikeluarkan selepas artikel diterbitkan.

“Walaupun peranan saya adalah pada nama sahaja – tidak dibayar dan tanpa obligasi, dan saya melihatnya sebagai ihsan- saya enggan memberikan legitimasi kepada organisasi yang mempunyai pelanggaran etika yang teruk,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

“Saya juga merasakan saya sepatutnya melakukan usaha yang lebih baik sebelum bersetuju untuk menyertai, dan saya memohon maaf kepada semua pertubuhan Islam khususnya yang terkesan secara langsung oleh dakwaan palsu dan fitnah ini yang datang dari pemimpin yang organisasinya mempunyai nama saya bersamanya”.

Pihak GWU juga masih belum memberi sebarang komen mengenai isu ini walaupun sudah menerbitkan artikel tersebut.

Bulan lalu, The New Yorker menerbitkan laporan yang mendakwa Alp Services, sebuah firma risikan swasta yang berpangkalan di Geneva yang diketuai oleh Mario Brero, melancarkan kempen ke UAE untuk memburuk-burukkan beberapa organisasi Islam di Eropah, termasuk yang berpangkalan di Britain, Islamic Relief Worldwide (IRW).

Laporan itu menyebut yang Brero membayar ribuan euro kepada Lorenzo Vidino, pengarah program ekstrimisme GWU untuk “petunjuk/khabar angin yang menarik” tentang Ikhwanul Muslimin serta “senarai yang didakwa ahli organisasi peringkat pertama di negara-negara Eropah”.

Sumber: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *