Connect with us

Antarabangsa

Dua aktres wanita Iran didakwa kerana tidak berhijab

Dua aktres wanita terkenal di Iran didakwa kerana tidak bertudung, ketika pihak berkuasa mempergiat usaha untuk membanteras mereka yang melanggar undang-undang wajib hijab di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dua aktres wanita Iran didakwa kerana tidak berhijab
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua aktres wanita terkenal di Iran didakwa kerana tidak bertudung, ketika pihak berkuasa mempergiat usaha membanteras mereka yang melanggar undang-undang wajib hijab di negara itu.
  • Pelakon itu, Katayoun Riahi, 61, dan Pantea Bahram, 53, didakwa di bawah “jenayah menanggalkan hijab mereka di khalayak ramai dan menyiarkan imej mereka di ruang maya” pada Selasa.
  • Mereka boleh dikenakan denda atau hukuman penjara jika disabit kesalahan. 

Tehran, Iran – Dua aktres wanita terkenal di Iran didakwa kerana tidak bertudung, ketika pihak berkuasa mempergiat usaha untuk membanteras mereka yang melanggar undang-undang wajib hijab di negara itu.

Menurut laporan Aljazeera, pelakon itu, Katayoun Riahi, 61, dan Pantea Bahram, 53, didakwa di bawah “jenayah menanggalkan hijab mereka di khalayak ramai dan menyiarkan imej mereka di ruang maya” pada Selasa.

Mereka boleh dikenakan denda atau hukuman penjara jika disabit kesalahan. 

Minggu lalu, tular gambar Pantea tidak bertudung di tayangan sebuah filem.

Seorang lagi pelakon veteran, Katayoun, sebelum ini ditahan pada November lalu kerana disyaki “bersubahat terhadap keselamatan negara dan propaganda terhadap kerajaan”.

Perkara itu terjadi selepas dia menjadi individu pertama dalam kalangan rakan sebayanya yang menyiarkan imej dirinya dalam talian tanpa bertudung untuk menyokong bantahan di seluruh negara yang tercetus pada September lalu.

Dalam pada itu, bantahan selama berbulan berlaku selepas Mahsa Amini, seorang wanita berusia 22 tahun, meninggal dunia.

Ia berikutan penahanannya oleh ‘polis moral’ negara kerana didakwa tidak mematuhi undang-undang hijab negara yang dikuatkuasakan sejurus Revolusi Islam 1979. 

Ketika protes, beberapa pelakon berprofil tinggi lain, termasuk Taraneh Alidoosti menanggalkan tudung mereka sebagai solidariti kemudiannya ditangkap, menggesa sokongan dari luar negara.

Susulan itu, semakin ramai wanita di seluruh Iran menanggalkan hijab mereka.

Bagaimanapun, sebahagian besar pihak berkuasa menahan diri daripada bertindak keras terhadap wanita di khalayak ramai sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sumber: Aljazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *