Antarabangsa
Dalai Lama dikritik cium kanak-kanak lelaki di bibir, minta lidah dihisap
Tular di media sosial, satu rakaman video memaparkan Dalai Lama dilihat mengangkat kening selepas mencium seorang kanak-kanak lelaki India di bibir dan meminta untuk “menghisap” lidahnya pada satu acara Yayasan M3M India yang diadakan bulan lalu.

- Tular di media sosial, satu rakaman video memaparkan Dalai Lama dilihat mengangkat kening selepas mencium seorang kanak-kanak lelaki India di bibir dan meminta untuk “menghisap” lidahnya pada satu acara Yayasan M3M India yang diadakan bulan lalu.
- Pemimpin agama Buddha Tibet, Tenzin Gyatso itu menjadi tuan rumah kepada pelajar dan ahli yayasan di kuilnya di Dharamshala, India, tempat di mana dia hidup dalam pengasingan.
- Klip itu menimbulkan kekecohan di India, dengan beberapa dalam talian menyifatkan rakaman berkenaan sebagai “menyeramkan” dan “menjijikkan”, manakala penyokong pemimpin rohani itu menegaskan dia “bergurau” dengan kanak-kanak lelaki tersebut, lapor media tempatan.
Tular di media sosial, satu rakaman video memaparkan Dalai Lama dilihat mengangkat kening selepas mencium seorang kanak-kanak lelaki India di bibir dan meminta untuk “menghisap” lidahnya pada satu acara Yayasan M3M India yang diadakan bulan lalu.
Pemimpin agama Buddha Tibet, Tenzin Gyatso itu menjadi tuan rumah kepada pelajar dan ahli yayasan di kuilnya di Dharamshala, India, tempat di mana dia hidup dalam pengasingan.
Dalam video itu, kanak-kanak lelaki terbabit mendekati mikrofon dan bertanya, “Boleh saya peluk awak?”
Lelaki berusia 87 tahun itu berkata “Ok, datang” dan menjemputnya ke atas pentas sebelum mengisyaratkan ke pipinya dan berkata “di sini dahulu” dan kanak-kanak itu memberinya pelukan dan ciuman.
Dalai Lama memegang lengan kanak-kanak lelaki itu, berkata “saya berfikir di sini boleh juga” sambil menunjuk ke bibirnya.
Pemimpin rohani berkenaan kemudiannya memegang dagu kanak-kanak itu dan mencium mulutnya diiringi suara tawa dari penonton.
“Dan sedut lidah saya,” Dalai Lama memberitahu budak lelaki itu sambil menjulurkan lidah.
Kedua-dua mereka merapatkan dahi antara satu sama lain lalu kanak-kanak lelaki itu menjulurkan lidahnya sebentar sebelum berundur, pada masa sama Dalai Lama menampar perlahan di dada dan ketawa.
Kanak-kanak itu ingin berlalu, namun Dalai Lama menjabat tangannya dan memegang pipinya, sebelum menarik kanak-kanak tersebut ke pelukan semula.
Dalai Lama kemudian menitipkan beberapa nasihat, mengingatkan kanak-kanak itu untuk “melihat (kepada) manusia baik yang mencipta kedamaian, kebahagiaan dan tidak mengikut manusia yang selalu membunuh orang lain”.
Klip itu menimbulkan kekecohan di India, dengan beberapa dalam talian menyifatkan rakaman berkenaan sebagai “menyeramkan” dan “menjijikkan”, manakala penyokong pemimpin rohani itu menegaskan dia “bergurau” dengan kanak-kanak lelaki tersebut, lapor media tempatan.
Sumber: News.com.au

You must be logged in to post a comment Login