Connect with us

Antarabangsa

Cubaan larikan diri dari tahanan, suspek militan Uzbekistan bunuh pegawai imigresen Indonesia

Seorang pegawai imigresen maut selepas tiga suspek militan warga Uzbekistan cuba meloloskan diri dari pusat tahanan di Indonesia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Cubaan larikan diri dari tahanan, suspek militan Uzbekistan bunuh pegawai imigresen Indonesia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pegawai imigresen maut selepas tiga suspek militan warga Uzbekistan cuba meloloskan diri dari pusat tahanan di Indonesia.
  • Polis berkata, seorang daripada tiga suspek itu maut akibat lemas selepas terjun ke dalam sungai, manakala dua lagi berjaya ditahan semula pihak berkuasa.
  • Ketiga-tiga suspek itu bersama seorang lagi rakan ditahan pihak berkuasa Indonesia didakwa menyebarkan propaganda keganasan dalam talian.
  • Mereka dikaitkan dengan kumpulan Katiba al Tawhid wall Jihad yang bersekutu dengan al-Qaeda.

JAKARTA: Seorang pegawai imigresen maut selepas tiga suspek militan warga Uzbekistan cuba meloloskan diri dari pusat tahanan di Indonesia.

Polis berkata, seorang daripada tiga suspek itu maut akibat lemas selepas terjun ke dalam sungai, manakala dua lagi berjaya ditahan semula pihak berkuasa.

Ketiga-tiga suspek itu bersama seorang lagi rakan senegara ditahan pihak berkuasa Indonesia awal bulan ini kerana didakwa menyebarkan propaganda keganasan dalam talian.

Mereka dikaitkan dengan kumpulan Katiba al Tawhid wall Jihad yang bersekutu dengan al-Qaeda, menurut polis Indonesia.

Ketiga-tiga suspek terbabit melarikan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Jakarta Utara semalam, selepas menyerang anggota penguat kuasa, termasuk anggota skuad antikeganasan dengan pisau yang dicuri di dapur, kata jurucakap polis Aswin Siregar.

“Seorang pegawai Imigresen terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dalam cubaan melarikan diri itu.

“Mereka menceroboh siling dan menyerang pegawai yang sedang makan sahur dan bersiap untuk menunaikan solat.

“Siasatan awal mendapati, mereka merancang melarikan diri selepas dikunjungi pegawai konsulat Uzbekistan. Mereka tidak mahu dihantar pulang kerana berdepan hukuman berat di sana (Uzbekistan),” kata Siregar.

Kedutaan Uzbekistan di Jakarta tidak memberi maklum balas kepada AFP untuk mendapatkan komen.

Negara Asia tengah itu melaksanakan langkah ketat untuk memerangi kumpulan bersenjata dan ekstremis agama dan dituduh menggunakan kekerasan yang berlebihan, termasuk penyeksaan dan penahanan sewenang-wenangnya oleh kumpulan hak asasi manusia.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *