Antarabangsa
COVID-19: 67 juta kanak-kanak terlepas vaksin – UNICEF
Kira-kira 67 juta kanak-kanak di seluruh dunia terlepas daripada mendapat sebahagian atau sepenuhnya vaksin rutin antara 2019 dan 2021 akibat penutupan dan gangguan penjagaan kesihatan yang berpunca daripada pandemik COVID-19, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

- Kira-kira 67 juta kanak-kanak di seluruh dunia terlepas daripada mendapat sebahagian atau sepenuhnya vaksin rutin antara 2019 dan 2021 akibat penutupan dan gangguan penjagaan kesihatan yang berpunca daripada pandemik COVID-19, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- “Hasil susah payah dalam pemberian imunisasi rutin kanak-kanak selama lebih sedekad sudah terhakis,” menurut laporan baharu daripada Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) dan menyifatkan usaha untuk kembali ke landasan ‘mencabar’.
- UNICEF berkata, daripada 67 juta kanak-kanak yang ‘terganggu’ pemberian vaksinasi, sejumlah 48 juta terlepas daripada mendapat vaksin rutin sepenuhnya, yang mencetuskan kebimbangan mengenai risiko wabak polio dan campak.
- Liputan vaksin dalam kalangan kanak-kanak merosot di 112 negara dan peratusan kanak-kanak yang divaksin di seluruh dunia pula merosot lima mata kepada 81 peratus, paras rendah yang tidak dilihat sejak 2008, dengan Afrika dan Asia Selatan menjadi negara yang amat terjejas.
NEW YORK: Kira-kira 67 juta kanak-kanak di seluruh dunia terlepas daripada mendapat sebahagian atau sepenuhnya vaksin rutin antara 2019 dan 2021 akibat penutupan dan gangguan penjagaan kesihatan yang berpunca daripada pandemik COVID-19, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Hasil susah payah dalam pemberian imunisasi rutin kanak-kanak selama lebih sedekad sudah terhakis,” menurut laporan baharu daripada Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) dan menyifatkan usaha untuk kembali ke landasan ‘mencabar’.
UNICEF berkata, daripada 67 juta kanak-kanak yang ‘terganggu’ pemberian vaksinasi, sejumlah 48 juta terlepas daripada mendapat vaksin rutin sepenuhnya, yang mencetuskan kebimbangan mengenai risiko wabak polio dan campak.
Liputan vaksin dalam kalangan kanak-kanak merosot di 112 negara dan peratusan kanak-kanak yang divaksin di seluruh dunia pula merosot lima mata kepada 81 peratus, paras rendah yang tidak dilihat sejak 2008, dengan Afrika dan Asia Selatan menjadi negara yang amat terjejas.
“Apa yang membimbangkan, kemerosotan ketika wabak berlaku pada penghujung satu dekad apabila secara umumnya pertumbuhan dalam imunisasi kanak-kanak terbantut,” kata laporan itu.
Vaksin menyelamatkan 4.4 juta nyawa setiap tahun, satu angka yang diramal PBB boleh melonjak kepada 5.8 juta menjelang 2030 jika sasaran tinggi untuk ‘tiada sesiapa yang tertinggal’ tercapai.
“Vaksin berperanan sangat penting dalam membolehkan lebih ramai kanak-kanak hidup sihat dan panjang usianya.
“Sebarang penurunan dalam kadar vaksinasi adalah membimbangkan,” kata ketua editor laporan itu, Brian Keeley kepada AFP.
Sebelum pengenalan vaksin pada 1963, demam campak membunuh kira-kira 2.6 juta orang setiap tahun, kebanyakannya kanak-kanak.
Menjelang 2021, jumlah itu menurun kepada 128,000 orang.
Bagaimanapun, antara 2019 dan 2021 peratusan kanak-kanak yang diberi vaksin campak menurun daripada 86 kepada 81 peratus dan jumlah kes pada 2022 meningkat dua kali ganda berbanding 2021. – AFP
Sumber: Berita Harian
