Antarabangsa
China tawar jadi ‘orang tengah’ rundingan damai Palestin-Israel
China sekali lagi mengulangi tawarannya menjadi ‘orang tengah’ untuk membantu memudahkan rundingan damai antara Palestin dan Israel.

- China sekali lagi mengulangi tawarannya menjadi ‘orang tengah’ untuk membantu memudahkan rundingan damai antara Palestin dan Israel.
- Tawaran itu dimaklumkan Menteri Luar China, Qin Gang kepada rakan sejawatnya di Palestin dan Israel menerusi satu panggilan telefon berasingan, lapor media negara China.
- Qin berkata, China bimbang terhadap peningkatan ketegangan antara Palestin dan negara haram Israel, selain kembali menyokong kepada rundingan damai.
- “China tidak mempunyai kepentingan untuk mementingkan diri sendiri dalam persoalan Palestin. Kami berharap kedua-dua pihak dapat hidup bersama secara aman dan mempertahankan keamanan dan kestabilan serantau,” menurut kenyataan itu.
BEIJING – China sekali lagi mengulangi tawarannya menjadi ‘orang tengah’ untuk membantu memudahkan rundingan damai antara Palestin dan Israel.
Tawaran itu dimaklumkan Menteri Luar China, Qin Gang kepada rakan sejawatnya di Palestin dan Israel menerusi satu panggilan telefon berasingan, lapor media negara China.
Qin berkata, China bimbang terhadap peningkatan ketegangan antara Palestin dan negara haram Israel, selain kembali menyokong kepada rundingan damai.
Sebelum ini, China pernah menawarkan untuk menjadi pengantara antara Israel dan Palestin.
Bagaimanapun, tawaran baharu China datang ketika Beijing dilihat semakin serius untuk meningkatkan peranan politiknya di rantau ini.
Bulan lalu, negara tembok besar itu menjadi perantara perjanjian antara Arab Saudi dan Iran untuk memulihkan hubungan diplomatik.
Qin memberitahu Menteri Luar Israel, Eli Cohen bahawa perjanjian Iran-Saudi menawarkan ‘contoh yang baik’ untuk mengatasi perbezaan melalui dialog, menurut kenyataan kementerian luar China.
“China tidak mempunyai kepentingan untuk mementingkan diri sendiri dalam persoalan Palestin. Kami berharap kedua-dua pihak dapat hidup bersama secara aman dan mempertahankan keamanan dan kestabilan serantau,” menurut kenyataan itu.
Minggu lalu, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, semua pelawat Yahudi dan bukan Islam akan diharamkan dari kompleks Masjid Al-Aqsa sehingga akhir Ramadan.
Keputusan sama pernah dibuat Israel pada tahun-tahun sebelumnya, dikuatkuasa hanya beberapa hari selepas ratusan peneroka dan ultranasionalis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa – yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount – ketika penduduk Palestin disekat daripada mengakses tapak berkenaan.
Serangan ganas Israel ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa awal bulan ini, mendorong beberapa siri serangan roket balas yang dilancarkan dari Lubnan dan Gaza dan serangan pengeboman berikutnya oleh Israel sebagai tindak balas.
Sumber: Ismaweb
