Antarabangsa
BJP mahu hapuskan kuota empat peratus pendidikan, pekerjaan Muslim di Telangana
Parti Bharatiya Janata (BJP) akan memansuhkan kuota empat peratus yang diberikan kepada orang Islam dalam pendidikan dan pekerjaan di Telangana, India.
- Parti Bharatiya Janata (BJP) akan memansuhkan kuota empat peratus yang diberikan kepada orang Islam dalam pendidikan dan pekerjaan di Telangana, India.
- Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah mengisytiharkan perkara itu pada Ahad lalu ketika berucap pada perhimpunan besar-besaran di Vijaya Sankalpa Sabha di Chevella.
- Alasannya, tiada peruntukan dalam Perlembagaan untuk menyediakan pengkhususan atas dasar agama.
- Kuota empat peratus Muslim dalam pendidikan dan pekerjaan diperkenalkan kerajaan Kongres di Andhra Pradesh kira-kira 15 tahun lalu.
Parti Bharatiya Janata (BJP) akan memansuhkan kuota empat peratus yang diberikan kepada orang Islam dalam pendidikan dan pekerjaan di Telangana, India.
Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah mengisytiharkan perkara itu pada Ahad lalu sambil menegaskan yang BJP akan membentuk kerajaan di Telangana pada pilihan raya Disember 2023.
Memetik laporan Deccan Chronicle, pemansuhan itu disebabkan tiada peruntukan dalam Perlembagaan untuk menyediakan pengkhususan atas dasar agama.
Perlembagaan menyebut hanya masyarakat Kasta Terjadual (SC), Puak Terjadual (ST) dan Kelas Terundur Lain (OBC) yang berhak kepada pengkhususan tersebut, demikian Amit ketika berucap pada perhimpunan besar-besaran di Vijaya Sankalpa Sabha di Chevella.
Terdahulu, masyarakat Islam di Telangana menikmati kuota empat peratus dalam pendidikan dan pekerjaan.
Pengkhususan itu diperkenalkan kerajaan Kongres di Andhra Pradesh yang tidak berbelah bahagi kira-kira 15 tahun lalu.
Penyandang kerajaan negeri pimpinan Bharat Rashtra Samithi (BRS) berjanji untuk meningkatkan kuota tersebut kepada 12 peratus.
Resolusi untuk perkara itu diluluskan dalam Perhimpunan Telangana dan dihantar ke kerajaan pusat lima tahun lalu tetapi cadangan itu telah ditolak kerajaan pimpinan BJP.
Sumber: Deccan Chronicle