Connect with us

Antarabangsa

Bekas PM New Zealand ketuai usaha perangi keganasan dalam talian

Bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern akan mengetuai negara dalam menentang keganasan ekstremisme dalam talian, tanpa diberikan sebarang gaji, kata kerajaan semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bekas PM New Zealand ketuai usaha perangi keganasan dalam talian
Foto: Bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.
  • Bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern akan mengetuai negara dalam menentang keganasan ekstremisme dalam talian, tanpa diberikan sebarang gaji, kata kerajaan semalam.
  • Beliau akan berkhidmat sebagai utusan khas kepada Christchurch Call yang diasaskannya pada 2019 untuk menyatukan negara dengan syarikat teknologi bagi memerangi ekstremisme.
  • “Christchurch Call adalah dasar luar yang memberi keutamaan kepada kerajaan dan Jacinda Ardern ditempatkan secara unik dengan matlamat menghapuskan kandungan pelampau yang ganas secara dalam talian talian,” kata Ketua Parti Buruh, Chris Hipkins dalam satu kenyataan.

MELBOURNE: Bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern akan mengetuai negara dalam menentang keganasan ekstremisme dalam talian, tanpa diberikan sebarang gaji, kata kerajaan semalam.

Ardern meletak jawatan sebagai pemimpin awal tahun ini, iaitu satu keputusan yang mengejutkan sehingga mengangkat Chris Hipkins untuk berkuasa sebagai ketua Parti Buruh berhaluan tengah.

Beliau akan berkhidmat sebagai utusan khas kepada Christchurch Call yang diasaskannya pada 2019 untuk menyatukan negara dengan syarikat teknologi bagi memerangi ekstremisme.

Serangan ke atas dua masjid Christchurch iaitu bandar kedua terbesar di New Zealand, pada Mac 2019 menyebabkan 51 orang mati dan 40 cedera.

Lelaki bersenjata berkulit putih itu melakukan serangan berkenaan dengan menyiarkan ia secara langsung di laman sesawang Facebook.

“Christchurch Call adalah dasar luar yang memberi keutamaan kepada kerajaan dan Jacinda Ardern ditempatkan secara unik dengan matlamat menghapuskan kandungan pelampau yang ganas secara dalam talian talian,” kata Hipkins dalam satu kenyataan.

“Kandungan pengganas dan pelampau secara dalam talian itu adalah isu global, tetapi bagi kebanyakan orang di New Zealand ia juga bersifat peribadi. Ardern menjadi pemimpin wanita termuda di dunia apabila dia berkuasa pada tahun 2017 iaitu pada usia 37 tahun, dalam gelombang kemahsyuran sehingga digelar ‘Jacindamania’,” katanya. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *