Connect with us

Antarabangsa

Bantah sketsa pelajar sempena Aidilfitri, sekolah swasta di India diserang

Sebuah sekolah swasta terkemuka di Dehradun, India diserang selepas pelajarnya membuat sketsa sempena Aidilfitri, mengakibatkan cermin tingkapnya pecah dan perabotnya musnah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bantah sketsa pelajar sempena Aidilfitri, sekolah swasta di India diserang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah sekolah swasta terkemuka di Dehradun, India diserang selepas pelajarnya membuat sketsa sempena Aidilfitri.
  • Sebahagian ibu bapa pelajar dan organisasi sosial tempatan membuat aduan kepada pentadbiran daerah Dehradun, mendakwa anak mereka “dipaksa” menyertai perayaan Aidilfitri dan “dipaksa mempelajari (bahasa) Urdu”.
  • Sekolah itu ditutup pada Isnin dan Selasa dan sepasukan besar polis ditugaskan berkawal di perkarangan sekolah.
  • Pentadbiran sekolah juga menjelaskan mereka “percaya vandalisme itu dilakukan oleh kumpulan sayap kanan dan bukan atas arahan ibu bapa.

Sebuah sekolah swasta terkemuka di Dehradun, India diserang selepas pelajarnya membuat sketsa sempena Aidilfitri, mengakibatkan cermin tingkapnya pecah dan perabotnya musnah.

Kejadian berpunca akibat tindakan sebahagian ibu bapa pelajar dan organisasi sosial tempatan membuat aduan kepada pentadbiran daerah Dehradun dan mendakwa anak mereka “dipaksa” menyertai perayaan Aidilfitri dan “dipaksa mempelajari (bahasa) Urdu”.

Memetik laporan Times of India, mereka yang melakukan tunjuk perasaan di hadapan sekolah dan di hadapan jabatan pendidikan itu menuntut tindakan terhadap pihak sekolah tersebut.

Pemimpin Bajrang Dal tempatan, Vikas Verma yang turut serta dalam tunjuk perasaan itu berkata, jabatan pendidikan mesti memastikan “aktiviti tidak bermoral seperti itu tidak berlaku di sekolah”. 

Majistret bandar, Kusum Chauhan berkata, “aduan itu telah dikongsi dengan polis dan jabatan pendidikan.

“Siasatan akan dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan. Sukar untuk mengetahui berapa ramai ibu bapa membantah kerana aduan itu tidak memberitahunya dengan jelas”.

Jabatan pendidikan bagaimanapun berkata mereka masih belum menerima aduan itu tetapi akan bertindak sebaik sahaja mendapat aduan itu.

Sepasukan besar polis ditugaskan untuk berkawal di perkarangan sekolah itu pada Isnin dan Selasa.

Sekolah itu kekal ditutup pada Selasa meskipun dengan kehadiran penunjuk perasan yang melaungkan slogan.

Dilaporkan, pelajar sekolah itu merancang sebuah sketsa dan mereka berpakaian sebagai watak seorang Muslim sempena Aidilfitri.

Mengenai dakwaan memaksa pelajar mempelajari bahasa Urdu pula, wakil sekolah itu memberitahu bahawa subjek tersebut bukanlah sebahagian dari silibus mereka.

Pentadbiran sekolah juga menjelaskan mereka “percaya vandalisme itu dilakukan oleh kumpulan sayap kanan dan bukan atas arahan ibu bapa dan ia belum memfailkan aduan lagi”.

Sumber: Times of India

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *