Connect with us

Terkini

Arab Saudi akan lakukan segala usaha untuk hentikan konflik di Sudan

Kerajaan Arab Saudi akan terus melaksanakan segala usaha untuk menghentikan pertumpahan darah, pertempuran dan memudah cara penyelesaian politik di Sudan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi akan lakukan segala usaha untuk hentikan konflik di Sudan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Arab Saudi akan terus melaksanakan segala usaha untuk menghentikan pertumpahan darah, pertempuran dan memudah cara penyelesaian politik di Sudan.
  • Dalam satu kenyataan, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia berkata kerajaan negara itu sedang berkomunikasi dengan pihak berkenaan di Sudan serta negara sahabat dan pertubuhan antarabangsa berhubung perkara itu.
  • “Sebarang keputusan khusus yang kami capai akan diumumkan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu yang disediakan kepada Bernama.
  • Kenyataan itu menyebut bahawa Arab Saudi, dengan kerjasama negara-negara saudara dan sahabat, menggalakkan gencatan senjata, pembukaan koridor kemanusiaan dan perlindungan bagi orang awam di Sudan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi akan terus melaksanakan segala usaha untuk menghentikan pertumpahan darah, pertempuran dan memudah cara penyelesaian politik di Sudan.

Dalam satu kenyataan, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia berkata kerajaan negara itu sedang berkomunikasi dengan pihak berkenaan di Sudan serta negara sahabat dan pertubuhan antarabangsa berhubung perkara itu.

“Sebarang keputusan khusus yang kami capai akan diumumkan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu yang disediakan kepada Bernama.

Kenyataan itu menyebut bahawa Arab Saudi, dengan kerjasama negara-negara saudara dan sahabat, menggalakkan gencatan senjata, pembukaan koridor kemanusiaan dan perlindungan bagi orang awam di Sudan.

Ia berkata kerajaan Saudi terus mengatur, menyelaras dan memudahkan pemindahan sepanjang masa bagi memastikan orang awam daripada pelbagai kewarganegaraan dapat keluar dengan selamat dari Sudan, selain menghulurkan semua bantuan kepada negara saudara dan sahabat.

Pada 15 April, pertempuran ganas antara dua pihak meletus yang berpusat di Khartoum. Pasukan tentera kerajaan menuduh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) melakukan pemberontakan dan melancarkan serangan udara terhadap pangkalan mereka.

Abdel Fattah Burhan, ketua tentera Sudan, mengeluarkan dekri membubarkan RSF, dan sejak konflik berlaku, beberapa gencatan senjata sementara di seluruh negara dilaksanakan namun konflik itu masih belum selesai.

Kementerian Kesihatan Sudan berkata setakat ini, kira-kira 600 orang terbunuh dalam pertempuran itu. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *