Connect with us

Antarabangsa

Afghanistan: Pentadbiran Biden salahkan Trump

Pentadbiran Presiden Joe Biden mengeluarkan ringkasan laporan mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) menarik diri dari Afghanistan yang menyebabkan huru-hara di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Afghanistan: Pentadbiran Biden salahkan Trump
Foto: Joe Biden (kiri), Donald Trump (kanan).
  • Pentadbiran Presiden Joe Biden mengeluarkan ringkasan laporan mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) menarik diri dari Afghanistan menyebabkan huru-hara di negara itu.
  • Laporan itu menyalahkan bekas Presiden Donald Trump dengan menyatakan tiada tanda-tanda lebih banyak masa, lebih banyak dana atau lebih ramai rakyat AS boleh mengubah trajektori.
  • Dokumen setebal 12 muka surat itu mengakui bahawa pentadbiran mendapat pengajaran daripada penarikan diri itu dan kini tersilap dalam “komunikasi agresif” tentang risiko dalam persekitaran keselamatan yang tidak stabil.

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden mengeluarkan ringkasan laporan mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) menarik diri dari Afghanistan yang menyebabkan huru-hara di negara itu.

Laporan itu menyalahkan bekas Presiden Donald Trump dengan menyatakan “tiada tanda-tanda lebih banyak masa, lebih banyak dana atau lebih ramai rakyat AS” yang boleh mengubah trajektori.

Dokumen setebal 12 muka surat itu mengakui bahawa pentadbiran mendapat pengajaran daripada penarikan diri itu dan kini tersilap dalam “komunikasi agresif” tentang risiko dalam persekitaran keselamatan yang tidak stabil.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby berkata, Biden mewarisi operasi yang telah tamat di Afghanistan daripada Trump yang melumpuhkan tindak balasnya.

Kata Kirby, peralihan adalah penting dan itulah pengajaran pertama yang dipelajari serta Biden ditinggalkan dengan pilihan yang jelas iaitu menarik balik semua tentera Amerika Syarikat atau meneruskan pertempuran dengan Taliban.

Laporan itu menunjukkan “penurunan yang disengajakan” oleh pentadbiran Trump iaitu tuduhan merujuk kepada penarikan tentera AS semasa Trump memegang jawatan, pembebasan ribuan tahanan Taliban, rundingan ‘perjanjian Doha’ untuk menamatkan perang tanpa kerajaan tempatan dan pembekuan program visa Afghanistan.

Taliban menguasai Afghanistan pada Ogos 2021 ketika bekas kerajaan yang disokong Barat di Kabul tumbang dengan pantas.

Trump membuat perjanjian dengan Taliban untuk menarik balik semua pasukan tentera Amerika Syarikat.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *