Connect with us

Antarabangsa

8,000 pelarian Afghanistan di UK akan diusir daripada hotel penginapan

Kira-kira 8,000 pelarian Afghanistan yang dipindahkan ke United Kingdom (UK) selepas Taliban mengambil alih pentadbiran akan diusir daripada hotel penginapan mereka dalam masa terdekat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

8,000 pelarian Afghanistan di UK akan diusir daripada hotel penginapan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira 8,000 pelarian Afghanistan yang dipindahkan ke United Kingdom (UK) selepas Taliban mengambil alih pentadbiran akan diusir daripada hotel penginapan mereka dalam masa terdekat.
  • Selepas dua tahun tiba di Britain, kesemua pelarian yang ditempatkan di hotel yang ditaja sepenuhnya Jabatan Dalam Negeri dengan skim penempatan semula, dikritik kerana gagal menempatkan mereka di penempatan yang sesuai.
  • Menerusi notis dikeluarkan Jabatan Dalam Negeri kepada pelarian yang masih kekal di hotel menyatakan bahawa bayaran sokongan terhadap kemudahan berkenaan akan ditamatkan 2 Mei depan.
  • “Mulai 2 Mei depan, proses pemadanan sedia ada tidak akan wujud lagi, semua pelarian tidak akan menerima peruntukan dan kami menggalakkan anda mencari penginapan sendiri.” – Jurucakap Jabatan Dalam Negeri, Alister Carmichael

LONDON, 6 Syawal 1444H, Khamis – Kira-kira 8,000 pelarian Afghanistan yang dipindahkan ke United Kingdom (UK) selepas Taliban mengambil alih pentadbiran akan diusir daripada hotel penginapan mereka dalam masa terdekat.

Selepas dua tahun tiba di Britain, kesemua pelarian yang ditempatkan di hotel yang ditaja sepenuhnya Jabatan Dalam Negeri dengan skim penempatan semula, dikritik kerana gagal menempatkan mereka di penempatan yang sesuai.

Bagaimanapun, menerusi notis dikeluarkan Jabatan Dalam Negeri kepada pelarian yang masih kekal di hotel menyatakan bahawa bayaran sokongan terhadap kemudahan berkenaan akan ditamatkan 2 Mei depan.

Bulan lalu, kerajaan mengumumkan hasrat untuk menamatkan kemudahan sokongan berkenaan, tetapi pelarian akan diberikan penempatan baharu untuk berpindah.

Namun, hanya sebahagian keluarga sahaja diberikan penempatan manakala selebihnya diarah untuk mencari penempatan sendiri.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Dalam Negeri, Alister Carmichael berkata, pihaknya akan memberi sokongan untuk membantu pelarian mencari penempatan baharu.

“Mulai 2 Mei depan, proses pemadanan sedia ada tidak akan wujud lagi, semua pelarian tidak akan menerima peruntukan dan kami menggalakkan anda mencari penginapan sendiri,” katanya.

Keputusan berkenaan terpakai kepada semua pelarian yang tiba di UK di bawah Skim Penempatan Semula Warga Afghanistan serta Dasar Pemindahan dan Penempatan Afghanistan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelarian, Enver Solomon mengkritik keputusan kerajaan dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak munasabah kepada pelarian.

Malah, agak mustahil kepada pelarian berkenaan untuk mendapatkan penempatan baharu mampu milik berikutan notis yang terlalu singkat. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *