Antarabangsa
30,000 bekas isian semula air zamzam disediakan di Masjidil Haram
Lebih 30,000 bekas isian semula air zamzam disediakan di seluruh kawasan Masjidil Haram dan kemudahan luar yang diisi semula lima kali sehari.
- Lebih 30,000 bekas isian semula air zamzam disediakan di seluruh kawasan Masjidil Haram dan kemudahan luar yang diisi semula lima kali sehari bermula Ramadan.
- Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci turut menyediakan lebih 300 beg mudah alih untuk mengedarkan botol zamzam dan 80 kenderaan pintar dengan kapasiti 80 liter setiap satu untuk para jemaah.
- Presidensi melalui agensi Perkhidmatan Lapangan dan Hal Ehwal dan Perlindungan Alam Sekitar menguruskan perkhidmatan menyediakan air zamzam melalui lebih 1,030 pekerja.
MAKKAH: Lebih 30,000 bekas isian semula air zamzam disediakan di seluruh kawasan Masjidil Haram dan kemudahan luar yang diisi semula lima kali sehari.
Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci turut menyediakan lebih 300 beg mudah alih untuk mengedarkan botol zamzam dan 80 kenderaan pintar dengan kapasiti 80 liter setiap satu.
Memetik laporan Saudi Gazette, presidensi melalui Agensi Perkhidmatan Lapangan dan Hal Ehwal dan Perlindungan Alam Sekitar menguruskan perkhidmatan menyediakan air zamzam melalui lebih 1,030 pekerja.
Kakitangan Makmal Zamzam juga melakukan lawatan harian untuk meninjau tapak pengagihan air zamzam dengan jumlah lebih 30 sampel diambil setiap hari merentasi sistem kerja 24 jam.
Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais memaklumkan kejayaan dalam pelaksanaan perancangan 10 hari pertama Ramadan di dua masjid suci.
Beliau berkata, walaupun bilangan pengunjung meningkat, kecemerlangan dalam bidang dan perkhidmatan pentadbiran adalah hasil sokongan dermawan selain kepemimpinan yang bijak dalam usaha memudahkan jemaah umrah menunaikan ibadah dan terlibat dalam beribadat di sana. – AGENSI
Sumber: Berita Harian