Connect with us

Antarabangsa

Wanita dibenar berenang tanpa berbaju di Berlin

Wanita di Berlin, Jerman kini dibenarkan berenang di kolam renang awam tanpa memakai baju seperti biasa dilakukan lelaki.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Wanita dibenar berenang tanpa berbaju di Berlin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Wanita di Berlin, Jerman kini boleh berenang di kolam renang awam tanpa memakai baju bermula minggu ini.
  • Pihak berkuasa Berlin memutuskan demikian selepas seorang wanita mengadu didiskriminasi kerana dihalang memasuki kolam renang awam tanpa menutup dadanya pada hujung tahun lalu.
  • Dalam budaya barat, masyarakat Jerman dikatakan lebih ‘berfikiran terbuka’ terhadap kebogelan berbanding masyarakat Britain dan Amerika Syarikat ekoran kecintaan terhadap budaya Freikoerperkultur (budaya kebebasan tubuh badan).

Wanita di Berlin, Jerman kini dibenarkan berenang di kolam renang awam tanpa memakai baju seperti biasa dilakukan lelaki.

Selain ‘dipuji’ sebagai satu langkah memperjuangkan ‘kesaksamaan jantina’, langkah itu juga diperkenalkan ekoran kecintaan masyarakat Jerman terhadap budaya Freikoerperkultur (budaya kebebasan tubuh badan) yang bermula pada akhir abad ke-19.

Memetik laporan CNN, pihak berkuasa Berlin mula mengambil tindakan selepas seorang perenang wanita mengadu di Jabatan Senat bagi Keadilan, Kepelbagaian dan Anti-Diskriminasi kerana mendakwa dihalang dari memasuki kolam renang awam tanpa menutup dadanya pada Disember 2022.

Susulan itu, pihak berkuasa bersetuju yang wanita itu didiskriminasi dan memutuskan pada minggu ini yang setiap pengunjung kolam renang awam Berlin, termasuk wanita dan non-binary (tiada jantina), dibenarkan untuk tidak berbaju.

Kerajaan negeri Berlin mengesahkan langkah itu dalam kenyataan akhbar pada Khamis lalu, “Hasil daripada aduan diskriminasi yang berjaya, peraturan mandi di Berlin pada masa hadapan akan menggunakan peraturan rumah dan mandi mereka dengan cara yang saksama jantina”.

Langkah itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang baharu di Jerman.

Goettingen merupakan bandar pertama di negara itu yang membenarkan wanita berenang tanpa baju di kolam awam pada musim panas lalu.

Dalam budaya barat, masyarakat Jerman dikatakan lebih ‘berfikiran terbuka’ terhadap kebogelan berbanding masyarakat Britain dan Amerika Syarikat.

Sumber: CNN

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *