Connect with us

Antarabangsa

UK haramkan pegawai kerajaan guna TikTok

Kerajaan United Kingdom (UK) mengharamkan para pegawainya menggunakan aplikasi media sosial, TikTok, iaitu tindakan yang sama dilakukan di beberapa negara lain seperti Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

UK haramkan pegawai kerajaan guna TikTok
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan United Kingdom (UK) mengharamkan para pegawai menggunakan aplikasi media sosial, TikTok, iaitu tindakan sama dilakukan di beberapa negara lain seperti Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).
  • Aplikasi TikTok bagaimanapun, tidak digunakan begitu meluas dalam kalangan pegawai kerajaan negara itu, namun, kebimbangan disuarakan ialah kepentingan China dengan pemiliknya, ByteDance.
  • Kerisauan melanda juga ialah mengenai kemungkinan kerajaan China mendesak pemilik TikTok berkongsi maklumat pengguna.
  • “Ini merupakan langkah permulaan berdasarkan risiko yang diperincikan sekiranya melibatkan peranti kerajaan,” kata jurucakap kerajaan, Oliver Dowden.

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) mengharamkan para pegawainya menggunakan aplikasi media sosial, TikTok, iaitu tindakan yang sama dilakukan di beberapa negara lain seperti Kanada, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

Aplikasi TikTok bagaimanapun, tidak digunakan dengan begitu meluas dalam kalangan pegawai kerajaan negara itu, namun, kebimbangan yang disuarakan ialah kepentingan China dengan pemiliknya, ByteDance.

Bahkan, kerisauan yang melanda juga ialah mengenai kemungkinan kerajaan China mendesak pemilik TikTok berkongsi maklumat pengguna.

“Ini merupakan langkah permulaan berdasarkan risiko yang diperincikan sekiranya melibatkan peranti kerajaan,” kata jurucakap kerajaan, Oliver Dowden.

Dalam reaksi segera, TikTok menyatakan rasa kesal dengan keputusan dibuat kerajaan UK itu.

“Kami yakin pengharaman ini dibuat berdasarkan salah faham serta didorong oleh penggunaan meluas TikTok termasuk jutaan pengguna di UK, tidak ketinggalan,” kata jurucakap TikTok.

Kata jurucakap itu lagi, pengurusan aplikasi TikTok dalam masa sama menegaskan, akan kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menyampaikan apa sahaja kebimbangan yang berlandaskan fakta selain memberi layanan sama rata kepada pesaing.

Pengumuman dibuat kerajaan UK itu dibuat sehari selepas kerajaan AS meminta pemilik syarikat aplikasi itu menjual kepentingannya atau berhadapan dengan tindakan diharamkan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *