Connect with us

Antarabangsa

Uganda lulus undang-undang penjara 10 tahun individu dikenal pasti LGBTQ

Penggubal undang-undang Uganda meluluskan undang-undang yang mengenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika dapat mengenal pasti mana-mana rakyatnya sebagai lesbian, gay, biseksual, transeksual dan pelik (LGBTQ).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Uganda lulus undang-undang penjara 10 tahun individu dikenal pasti LGBTQ
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Uganda meluluskan undang-undang yang mengenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika dapat mengenal pasti mana-mana rakyatnya sebagai lesbian, gay, biseksual, transeksual dan pelik (LGBTQ).
  • Ahli Parlimen pembangkang, Asuman Basalirwa memper­kenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Homoseksualiti 2023 kepada Parlimen dan mengatakan bahawa RUU itu bertujuan melindungi budaya gereja, nilai undang-undang, agama dan keluarga tradisional Uganda daripada perbuatan yang mungkin menggalakkan pergaulan seksual terlarang di negara ini.

KAMPALA: Penggubal undang-undang Uganda meluluskan undang-undang yang mengenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika dapat mengenal pasti mana-mana rakyatnya sebagai lesbian, gay, biseksual, transeksual dan pelik (LGBTQ).

Lapor Reuters, undang-undang baharu itu bagaimanapun dianggap tindakan keras terhadap golongan berkenaan.

Ia menyasarkan pelbagai aktiviti termasuk melarang mempromosi dan bersubahat dengan homoseksual serta konspirasi untuk terlibat dalam homoseksual.

Ahli Parlimen pembangkang, Asuman Basalirwa memper­kenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Homoseksualiti 2023 kepada Parlimen dan mengatakan bahawa RUU itu bertujuan melindungi budaya gereja, nilai undang-undang, agama dan keluarga tradisional Uganda daripada perbuatan yang mungkin menggalakkan pergaulan seksual terlarang di negara ini.

Katanya, objektif RUU itu adalah untuk mewujudkan undang-undang yang komprehensif dan dipertingkatkan untuk melindungi nilai keluarga tradisional, budaya yang pelbagai, kepercayaan dengan melarang sebarang bentuk hubu­ngan seksual antara orang yang sama jantina dan promosi atau pengiktirafan hubungan seksual antara orang daripada jantina yang sama.

Bagaimanapun, penggubal undang-undang, Fox Odoi-Oywelowo bersuara dengan lantang menentang RUU itu dengan mengatakan bahawa ia bercanggah dengan piawai­an hak asasi manusia antarabangsa dan serantau yang ditetapkan kerana ia tidak adil mengehadkan hak asasi orang LGBTQ.

Kumpulan advokasi hak Human Rights Watch pula memberi amaran awal bahawa undang-undang itu akan me­langgar hak orang Uganda untuk kebebasan bersuara dan privasi, kesaksamaan dan tanpa diskriminasi terhadap golongan berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *