Connect with us

Terkini

Tiga akta dipinda tambah baik perlindungan kanak-kanak mangsa jenayah seksual

Kerajaan akan meminda tiga akta bagi menambah baik perlindungan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan menjamin keadilan kepada mangsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiga akta dipinda tambah baik perlindungan kanak-kanak mangsa jenayah seksual
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Undang-undang itu adalah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792); Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) dan Akta Keterangan 1950 (Akta 56). – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Katanya, pindaan akan dilaksanakan menerusi dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan pembentangan pindaan Akta 792 dan Akta 676 di Parlimen pada sesi kali ini, manakala Akta 56 akan dilaksanakan pada sesi akan datang selepas selesai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.
  • “Antara cadangan pindaan akan dibuat adalah memperkenalkan langkah tambahan mesra kanak-kanak untuk melindungi mangsa kanak-kanak, mewujudkan kesalahan baharu dan memperuntukkan pampasan kepada mangsa kanak-kanak,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda tiga akta bagi menambah baik perlindungan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan menjamin keadilan kepada mangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata undang-undang itu adalah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792); Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) dan Akta Keterangan 1950 (Akta 56).

Katanya, pindaan akan dilaksanakan menerusi dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan pembentangan pindaan Akta 792 dan Akta 676 di Parlimen pada sesi kali ini, manakala Akta 56 akan dilaksanakan pada sesi akan datang selepas selesai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.

“Antara cadangan pindaan yang akan dibuat adalah memperkenalkan langkah tambahan mesra kanak-kanak untuk melindungi mangsa kanak-kanak, mewujudkan kesalahan baharu dan memperuntukkan pampasan kepada mangsa kanak-kanak.

“Pindaan perundangan yang bakal dilaksanakan ini adalah perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah terhadap kanak-kanak di Malaysia, selain menunjukkan komitmen kerajaan untuk sentiasa terbuka ke arah pembaharuan dan penambahbaikan sistem perundangan dan keadilan di negara ini. 

“Reformasi yang dicadangkan diharap membantu mangsa atau saksi kanak-kanak daripada mengalami trauma berpanjangan akibat terpaksa melalui proses perbicaraan yang berpanjangan, berulang-ulang dan sistem kehakiman yang bersifat tidak mesra kanak-kanak,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *